Persiapan Raya :)

ketupat baru dianyam 


ketupat selepas dimasukkan beras dan diikat

ketupat sedang direbus

nasi impit pun mesti nak ada :)

rendang ayam, yummeh !

rendang paru dan limpa, sedaap :)

lepas siap semuanya, yeah :)

Sebenarnya ada lagi, gambar kuah kacang tak diupload pulak, 1st day raya pagi-pagi nenek aku akan masak rendang daging pulak, rendang daging nenek aku memang terbaik dari ladang, tehehe. Haa, amacam dengan persiapan raya korang?


Hari Jumaat orang cuti balik kampung, aku kerja!

Assalamualaikum, mulakan hari anda dengan senyuman memandangkan hari ini hari jumaat. Apa kena mengena?Sebab semua orang balik kampung!

Tapi hari jumaat hari ini, aku tak memulakan hari aku dengan senyuman. Sebabnya cuti aku tak diluluskan pada hari jumaat, jadi tak dapat balik rumah awal2. Kalau dapat cuti pun, kerja melambak, hati pulak tak senang. Mana satu lebih elok?


Kalau cakap pasal balik kampung, ramai yang akan pilih sama ada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad untuk pulang beraya tahun ni kan?


Sebab apa, pagi tadi masa tengah dalam perjalanan ke office, aku tengok dekat LRT, masyaAllah. Ramainya orang! Berebut-rebut nak naik train, termasuk aku sekali terpaksa bertindak ganas campur dengan muka kesian mintak simpati bagi laluan. Haha. Biasanya masa tengah peek hour, orang yang bekerja sahaja yang penuh dekat LRT. Tapi hari ini, orang berkerja + orang nak balik kampung, bayangkan la betapa sadinnya LRT tu. Kalau aku tak berebut tadi, alamatnya lewat la aku datang kerja.

So guys,


Be safe on road and maaf zahir dan batin! :)

Teringin nak buat Kad Raya sendiri!

Kurang sepuluh hari lagi nak raya, mesti ada yang tengah berkira hari nak balik kampung halaman masing-masing. Apa boleh aku katakan dekat sini, untung la sesiapa yang boleh sambut raya dengan gembiranya tahun ni. Nasib aku tak sebaik korang. Sob2!

Tahun aku tak rasa aku boleh sambut raya dengan hati yang gembira sebab kerja yang melambak-lambak minggu selepas cuti raya. Kerja ni sekaligus membantutkan aku untuk membuat persiapan raya. Buat pengetahuan korang, tahun ni aku tak ada baju raya. Sob3!

Dalam banyak-banyak bende yang aku nak buat masa time raya ialah, membuat kad raya sendiri. Semenjak dua menjak zaman facebook naik, orang dah tak rajin hantar kad raya, posmen pula amik cuti awal, warga dunia lebih gemar hantar kad raya versi digital atau nama lain e-kad raya, then tag seramai mungkin kawan-kawan dalam tu. Tapi aku nak hantar guna e-kad raya versi sendiri! Yang tertempek gambar family aku sekali, nampak sweet kan? Hehe. Mengada-ngada pulak aku ni!

Lagi pulak, aku tengok kawan-kawan blogger ade yang buat kad raya, siap print out lagi untuk hantar dekat sahabat handai. Kreatifnya korang! Aku dekat sini melopong dengan kerja. Stress weh stress! Antara perkara yang menghalang misi aku buat kad raya sendiri sebab tiadanya masa lapang.

Jenis kad raya orang biasa buat


Jenis kad raya orang buat sendiri

Wordless Wednesday #6


Which one do you prefer? Winter or non-winter? Hehe

Perbezaan Dunia KPOP di Malaysia sejak 2005.

Aku mula minat Kpop sejak tingkatan 3, iaitu pada 2005. Kawan aku yang mula kenalkan aku dengan kumpulan Shinhwa. Shinhwa ni satu-satunya kumpulan Kpop yang bertahan lebih 10 tahun, antara kumpulan super duper senior bawah SM entertainment (sekarang dibawah naungan Good entertainment). Sumpah aku tergilakan mereka dulu! Maklumlah, diorang ni yang pertama aku minat. Masa tu Shinhwa la dikatakan kumpulan lagenda sebelum TVXQ. Super junior ditubuhkan selepas beberapa bulan aku minat kpop.

Shinhwa Debut: 1998

 Shinhwa 2010

Shinhwa telah 'berpecah' untuk bagi ruang ahli2 kumpulan berkhidmat untuk negara (masuk army). Dan memberi tumpuan pada album solo.

Antara perbezaan dunia kpop dulu dengan sekarang :-
2005 2011
Game show

Kalau dulu susah benor nak carik gameshow. Tak banyak source yang ada. Kalau nak carik, kena jadi aktif member dalam forum group tuh dulu, baru boleh download apa2 video. Tuh pun takde subtitle!

Sekarang nak carik apa2 gameshow senang la haih. Tak payah nak download, tukar2 dengan member yang kuat mendownload. Dekat internet pun dah banyak source. Tak perlu masuk forum pun boleh downlaod. Boleh dapat dengan subtitle!
Video subtitle

Ingat dulu2 masa aku tengok gameshow HAPPY TOGETHER. Aku tengok tanpa subtitle, itu pun aku tengok sampai terguling2 tengok gelagat diorang dalam video tuh. Kalau ada pun subtitle, dalam microsoft word, gilir2 la tengok video dengan subtitle. Haha.

Sekarang dah tak main dah microsoft word. Subtitle dah tertempek dekat video tuh. Teknologi dah makin canggih la katakan. Dan sekarang ramai yang dah start belajar bahasa korea dek kerana minat kpop.
Bilangan orang yang minat kpop

Memang sangat2 susah nak cari kawan yang sama2 minat kpop. Masa aku dulu, aku dengan kawan aku sorang je yang layan. Yang lain mesti akan cakap macam ni "Ko paham ke bahasa diorang??" Secara otomatik, kpop ni satu bende karut untuk dijadikan minat.
Mana-mana pergi pun orang pasang lagu kpop, tak kira la dimana2 sahaja. Sampai ke shopping complex pun pasang lagu kpop. Mana2 pun orang cerita pasal kpop. Sangat beza dulu dengan sekarang! 200% beza!
Kedai jual album kpop

Seingat aku ada satu tempat je jual album kpop, dekat Petaling Street. Itu pun album Shinhwa dengan TVXQ je yang ada. Yang lain tak pasti.

Mana-mana kedai jual CD mesti ada jual album artis kpop sebab permintaan yang tinggi. Sangat senang dah sekarang.
Kedai jual merchandise kpop

Dulu mana la ada kedai jual barangan2 kpop macam keychain ape segale. Tak wujud pun dekat malaysia. Kalau nak, beli secara online, mahal la sikit.


Sekurang2nya ada 2-3 kedai yang jual barang kpop merchandise dekat KL je. Belum termasuk negeri lain!

Secara tak rasmi, aku dah makin nak bersara dari dunia kpop. Hehe. Tapi muzik mereka tetap aku teruskan mendownload, tak serancak dulu. - Shinhwa bakal buat comeback pada 2012! So good to hear that they still love their fans. Love you, Eric, Hyesung, Junjin, Andy, Minwoo and Dongwan. :)
 

Pengguna rasmi Celcom PREPAID Broadband!

Harini tanggal 20 Ogos 2011 secara rasminya aku jadi pengguna Celcom prepaid Broadband! Haha. Dah lama tunggu saat ni. Lepas ni nak pergi bercuti mana-mana senang, boleh online bila2. Haha. Lagi-lagi nak dekat raya ni. Boleh cepat2 upload gambar raya pertama dalam facebook dan blog, hehe. Takde la rasa ketinggalan zaman. Haha.

Tapi kenapa PREPAID? Bukan POSTPAID?

Senang ja, bagi sesiapa yang berstatus student macam aku, korang mesti la ada halangan untuk membayar bil bulanan. Student ni bukan sentiasa ada duit dalam poket, walaupun duit loan MARA atau PTPTN masuk tiap-tiap bulan. Mana cukup untuk benda-benda macam ni. Kalau ada pun, mesti mak ayah yang berkemampuan menanggung segala2 untuk anak dia. So prepaid broadband lebih sesuai untuk golongan student ni. Correct me if i'm wrong. Hehe.

Sebelum ni aku dah ada pengalaman jadi pengguna celcom POSTPAID  broadband. Baru guna sebulan, dah rasa tak mampu nak bayar bil, sekarang bil tuh tertunggak sampai RM200 lebih! Ambik kau! Mana mampu aku nak bayar. Akhirnya nama aku kena blacklist oleh Mr.Celcom. Padan muka aku.

Ni la broadband aku masa guna postpaid dulu, sekarang guna untuk prepaid pulak.


Dengan adanya PREPAID broadband ni. Korang boleh subscribe bila2 korang rasa nak guna internet. Tak perlu risau nak bayar bil bulan2. Korang boleh subscribe seperti dibawah:

Broadband Daily: RM5/day, 500MB data allowance, speed up to 512Kbps
Broadband Weekly: RM18/week, 1GB data allowance, speed up to 512Kbps
Broadband Monthly: RM50/month, 1.5GB data allowance, speed up to 512Kbps

Setakat aku guna PREPAID broadband ni, ok jugak la line dia. Tak macam siput sangat. Tak mengecewakan langsung. Kalau pasang youtube, tak kena tunggu lama. Rasa bahagia je dunia ni. Haha.

Sumber 1: http://www.instanet.com.my/plans.php
Sumber 2: http://www.malaysianwireless.com/2011/06/instanet-prepaid-broadband-celcom/

#1 Tutorial: Letak Iklan Nuffnang sekali dengan close button

Tutorial ni atas permintaan kawan aku dan blogger2 lain yang tanya macam mana nak letak iklan nuffnang terapung tuh sekali dengan CLOSE button. Dah banyak tutorial macam mana nak letak nuffnang korang ni terapung, tapi tanpa close button. So aku ajar yang macam mana nak letak yang ada close button. Aku bagi tutorial dekat sini, korang ikut je la ye satu persatu.

 click to enlarge

Step 1 : Dashboard > Design > Add Gadget > HTML

Step 2 : Lepas tuh copy code dibawah ni.

<div id="cry" class="textwidget">
<div class='widget-content'>
<div style="position: fixed; bottom: 0px; left: 5px;">
<p align="left">
<a href="#" onclick="document.getElementById('cry').style.display = 'none';">
<img src="http://3.bp.blogspot.com/_7DHf8RFiGkg/S8Ym1ot4qeI/AAAAAAAAATk/GRGxFp9w5ho/s320/close.jpg" />
</a></p>
LETAK KOD LEATHERBOARD NUFFNANG ANDA DISINI
</div></div></div>

Step 3 : Click PREVIEW, kalau takde error, tekan SAVE.

TIPS: Bahagian tulisan warna merah tuh korang boleh ganti dengan image close yang korang nak.

Percubaan pertama melukis doodle.

Happy 19th Ramadan guys. Memandangkan sekarang musim doodle, mana-mana pun orang lukis doodle kan? Aku tak jeles pun diorang pandai lukis doodle, Ok tipu! Sebenarnya ada la jugak sikit. Haha. Aku pun carik la merata-rata tutorial untuk melukis doodle, banyak source jugak la. Tapi aku carik yang senang nak buat. Dan yang paling penting tutorial pakai photoshop. Sebab aku reti pakai photoshop je, huhu.

Software: Adobe Photoshop CS3 
Tutorial Source: Banyak weh! Tak larat nak listkan. haha. 
Doodle Concept: Doodle muslimah :)


Tadaa, memang sangat buruk. Sesungguhnya aku bukan manusia kreatif. Haha. Dah la tudung dengan baju tak matching. Kaki tak ada, tenggelam dek kain terlalu labuh. Sebenarnya tak lukis pun. Malas! Kalau suruh aku lukis doodle yg lentok2 tuh, hanya dalam photoscape je boleh edit.

Tips paling senang nak elak mengantuk.

Allah SWT je la yang tahu betapa mengantuknya aku sekarang! Tak tertahan aku dengan kerja depan laptop ni. Jangan pelik la kalau lepas ni aku dah tak nampak muka sorang2 sebab rabun mengadap laptop lama-lama. Haha. Kerja berjela-jela ni la paling aku benci, kalau kerja yang senang dan reti buat takpe juga. Ni kerja yang aku sendiri kena buat research, belajar, faham dan buat. Memang makan masa la der.


Okla, korang pernah tak rasa macam aku rasa, tipu la tak pernah rasa, siapa yang tak pernah rasa mengantuk tuh bukan manusia mahupun binatang. Tumbuh-tumbuhan agaknya? Haha. Tips paling senang korang perlu buat masa mengantuk dalam kelas mahupun pejabat ialah:
  1. Makan gula-gula getah. Psst, jalan buat dibulan puasa pulak. Nanti kena tangkap, korang salahkan aku, aku taknak tanggung. Jadi ni peringatan awal. Haha.
  2. Minum air masak banyak-banyak. Korang jangan tanya pulak air mineral pun boleh minum ke tak. Ni pun jangan amalkan dibulan puasa. Lepas berbuka tak apa, sampai kembung perut pun takda siapa kesah.
  3. Dengar muzik pelan-pelan. Terpulang pada genre muzik, jangan la pulak korang pasang melodi jazz genre muzik yang slow mo tuh. Lagi la mengantuk!
  4. Mintak kawan cubitkan untuk korang. Macam orang tak betul dah. Tapi kekadang berkesan. Tak percaya cuba tampar diri sendiri.
  5. Basuh muka. Yang ni kalau agak-agak dah tak tahan sangat.
  6. "Mai sechawannnn". Korang paham-paham je la. Haha. 

Harap-harap tips ni membantu korang. Hahaha.


Wordless Wednesday #5


Click to enlarge :)

Pssst, today's 17th Ramadhan, it's Nuzul Quran :)
 

Part 2: Perlukan font yang comel?

Entri ni sambungan entri Perlukan font handwriting yang lawa-lawa? Yang ni kira part 2 la. Akibat terlebih rajin harini, aku nak upload lagi font yang ada dalam koleksi simpanan aku. Korang pun boleh download dengan menekan gambar font yang korang nak.

Sebelum ni aku upload jenis-jenis font handwriting, kali ni aku nak upload pulak font jenis bukan handwriting yang sesuai untuk korang mengedit header korang or apa-apa je la yang korang rasa nak edit. Hehe. Kalau nak request lagi, komen je. Happy download!

Jenis-jenis orang tak bersahur.

Sahur sebelum kamu disahurkan. Err apa bende ni? mengarut. Abaikan! SAHUR, SESIAPA YANG TERLEPAS SAHUR BERSAHUR. Haaa, baru betul.


Ada diantara korang mesti yang ada yang terlepas sahur atas sebab-sebab tertentukan? lagi-lagi golongan2 muda, akibat kemalasan yang menggunung. Lepas tu bagi alasan, tidak bangun sahur pun tidak menjejaskan puasa mereka. Dem! macam mana tuh? lapar takpa lagi, tapi boleh tahan haus ke? *tak boleh tak boleh*


Ada kes yang tak sahur sebab malas masak, kalau agak2 malas nak masak tuh. Beli la makanan dekat luar siap-siap untuk sahur. Ni tak, beli banyak2 makan sekali gus (waktu buka). Alamatnya kelaparan la esok kalau tidur dalam keadaan kekenyangan macam tuh. Seriously.


Lepas tuh, budak-budak yang baru nak belajar puasa, lagi la liat nak bangun. Lepas tuh bagi alasan macam ni, "Adik tak shahur pun tadi, boleh tak adik nak makan KFC?" Peh. Nak demand makanan mahal-mahal aje.


Ada yang tak sahur sebab stay late at night. Haa, ni mesti kes tengok bola, melepak, berborak, berchatting, berblogging, berfacebooking dan macam-macam lagi la sampai lewat malam. Nak2 ada yang sampai pukul 4-5 pagi pun tak tidur lagi. Ni memang dah kes sengaja tak nak bangun sahur. Tiada alasan bagimu.


Bagi pasangan yang dah berkahwin khususnya, yang tak terbangun sahur kerana keletihan, akibat "kerja tambahan" di malam Ramadan, terus tertidur sampai ke pagi. Haa, ni tak tahu la nak comment apa, dah la tak sahur, mandi wajib pun tak sempat. *bukan cakap berdasarkan pengalaman hehe*

Konon2 je aku harini berceramah pasal orang yang tak sahur. Idea entri ni timbul sebab aku sendiri pun tak bangun sahur pagi tadi! akibat keTERlanjuran tidur. Waaaaa! Minum air pun tak sempat. Kes aku ni betul-betul tak sengaja. Semoga aku dapat menghadapi rintanganMU untuk hari ni ya Allah.


Apabila bertemu balik dengan kawan sekolah rendah.


Beberapa hari lalu aku ada buat entri pasal 'masa kecik-kecik' terus aku teringat seorang hamba Allah satu sekolah rendah dengan aku. Dia satu2nya budak yang sama kelas dengan aku 4 tahun berturut-turut. Tapi berpindah sekolah kat johor masa darjah 4. Lepas tuh kitorang lost contact sejak tahun 2000.


Korang pun dah tau kan fungsi facebook. Jadi hari tu aku tergerak hati untuk search dia dalam fb. Nasib baik la nama dia unik, kalau tak jenuh la nak mencari dari satu2 page. Akhirnya dapat jugak jumpa, setelah 11 tahun tak ketemu. Tapi rasa was2 lagi, sebab rupa dia dah lain. Dah tak secomel dulu. Haha. Tapi ku teruskan jugak tekan punat friend request.


Esoknya, dia tanya aku. Kita kenal ke? Yelah. Masing masing dah tak sama rupa, aku yang rasa was2 pun betambah was2. Awak sekolah SK Ampang kan dulu? Terus dia approve. Fuhh, lega tak silap orang, kalau tak buat malu je.  

RR: Yup, awak ingat saya lagi eh?hehe.

Aku: Awak tak ingat eh?hehe. nasib baik tk silap org, haha.

RR: Haha..awk ingat sy? sy ingat awk lah..hehe. dulu skolah rendah awk x pakai tudung kan?

Aku: A'ah dulu2 mana pakai tudung, muka dah lain gle skg. Study mana?

RR: Haha..thank you la awk ingat sy..sy ingat awk sbb awk muke awk unik n awk pernah kasi duit kat saya. saya mintak pinjam seringgit, awk bg n kata amik trus. haha..ingat sampai skrang tau..haha. a'a lain da kot, ramai org kate mcm tu.. awk pun lain..da besar makin *****. hehe. Sekarang study kat Uni Malaya amik mechanical engineering.

Aku macam terharu juga dia ingat aku lebih dari aku ingat dia. Dia kata dia study dekat Universiti Malaya, laaa. Dekat je dia rupanya, dia ex-PASUM sama batch dengan bf aku. Aku pun selalu jugak naik turun UM dulu, cuma tak pernah terserempak je. Dan dia berkawan baik dengan kawan aku kat sekolah menengah. Dunia ni kecil je sebenarnya. Apa2 pun, aku gembira dapat bertemu balik dengan kawan yang dari darjah 1. Korang ada?


Jum kibarkan jalur gemilang dekat blog!


Okay! memandangkan tarikh 31 Ogos bakal menyusul tak lama lagi. Apa kata kita sama-sama kibarkan jalur gemilang dekat blog masing2. Banyak juga premis, bangunan-bangunan kedai yang dah mula pasang bendera, yang tepek kat kereta pun ada jugak! bendera yang fresh-fresh gitu. Fresh tu bermaksud bendera yang masih bau kedai. Jangan la pergi letak bendera yang dah lusuh kaler dia. Sadis la kalau orang tengok macam tu.


Penting SANGAT ke?


Ramai yang mengeluh bagi alasan taknak letak sebab buat semak mata je, apa salahnya sekali sekala kita tunjukkan semangat patriotik dalam diri kita terhadap negara Malaysia tercinta. 31 Ogos hanya sekali dalam setahun. Bukannya susah sangat pun, lagi-lagi tepek je gambar negara malaysia  kat blog masing-masing. Free je, tak perlu bayar pun! Mister google boleh carikkan bendera malaysia untuk korang.

Okla, hak masing-masing la. Yang penting, bertoleransi. Hehe. Tetibe je.

Aku dah letak, peh bangga tak ingat punya! Korang bila lagi?

Part 1: Perlukan font handwriting yang lawa-lawa?

Korang perlukan font lawa-lawa? Biasa nya bagi sesiapa yang dah biasa ber'photoshop', font sangat memainkan peranan. Ye dop?

Ni nak sharing font yang ada dalam simpanan lappy aku.


Ni semua font jenis handwriting ye kengkawan, banyak ni je larat upload, jenuh nak share semua font sekali gus. Kalau banyak permintaan nanti, aku upload lagi (kalau ramai yang mintak la) kalau nak mintak, comment je. Nak download tekan je gambar font tuh. Happy download. Heheh.

Masa kecik-kecik


1. Duit seringgit umpama sepuluh ringgit

2. Selalu buat muka rajuk mintak nak makan time puasa (puasa separuh hari)

3. Sangat penakut/malu dengan orang

4. Sangat benci eskalator

5. Sangat takut dengan patung jadian (costume yg dalam ada orang)

6. Pernah bunuh anak ayam (kecik2, bukan tau ape)

7. Suka menangis

8. Sayangkan arwah nenek lebih dari parent (arwah bela dari baby lg)

9. Selalu kena buli dengan sepupu

10. Handphone pertama share dengan adik.

11. Masa sekolah tadika dan sekolah rendah susah nak berkawan (sebab aku pendiam)

12. Anak jiran ialah bestfriend pertamaku

13. Mula memendam rasa minat dekat boy sejak darjah satu

14. Mula lipat kain masa darjah lima

Cett, gambar anak mat salleh mana boleh sesat dekat entri aku ni, bajet comel macam anak mat salleh je aku. Hmm rasanya entry kali ni meraban sikit, haha ini lah aku masa kecik-kecik, baik je kan. Tak nakal2, dengar cakap, peh sempat lagi memuji diri sendiri yang serba serbi kekurangan ni. Tiba-tiba rindu zaman kanak2, terutama dekat arwah nenek. Al-fatihah :'(

Wordless Wednesday #4


Wishing someday I can be like that granny :)

ChurpChurp? Rugi tak cuba!

Korang semua dah daftar churp-churp? Belum? Haiyaaaa. Serius rugi woo. Sebab dengan churp-churp ni, korang boleh dapat duit dengan amat mudah. *iklan sponsor sendiri*

6 sebab kenapa perlu bersama ChurpChurp
 
1. Proses yang senang dan mudah

Apabila ada iklan baru, ChurpChurp akan hantar notification. Cuma tulis iklan berdasarkan guideline beserta keyword yang diberi. Bila approve automatic dapat duit. Senang tak? Tak pun, anda promosikan link yang diberi, anda kan dibayar mengikut jumlah klik.

2. Approval rate yang tinggi

Berbanding dengan program lain seperti mylikes dan be-a-magpie, ChurpChurp mempunyai approval rate yang tinggi. Iklan saya di mylikes banyak yang kena reject berbanding accepted. Samalah macam di be-a-magpie. Tapi di churpchurp selalunya approved saje. Bila approved dapatlah duit. Itu yang suka lebih sikit kat churpchurp ni.

3.  Sangat sesuai untuk beginner buat duit twitter

Compare dengan program-program lain, churpchurp merupakan program yang saya rasa paling sesuai untuk yang baru berjinak-jinak buat duit twitter. Jadi sesiapa yang nak buat duit dari twitter anda mesti join churpchurp. Takda teknik-teknik rahsia diperlukan.

4 . Terbukti ramai cashout

Ramai jugak yang aku tengok blogger lain dah start cash out duit mereka. Rasa cemburu pulak dihati. Haih. LOL.

5. Boleh buat duit juga dengan facebook
 
Aku tahu ramai yang ada facebook kan? Sekarang ni bukan dengan twitter je, tapi dengan facebook pun boleh buat duit. Double Delight untuk anda yang ada facebook dan juga twitter account. Lagi senanglah nak cashout nampaknya.

6.  Iklan dari syarikat-syarikat besar
 
Yang selalu mengiklan melalui churpchurp bukan syarikat-syarikat biasa, tapi syarikat besar. Kalau syarikat besar. Budget diorang besar. Kalau kat TV yang mahal tu pun diorang ada budget. Apatah lagi online advertising.

Daftarlah sekarang! Selamat mencuba :)




Bazaar Ramadan terbaik, terbesar, terluas di KL

Harini nak share la sikit pasal keistimewaan Bazaar Ramadhan yang buat pertama kali aku singgah dan rasa terpesona. Haha.


Pertama kali singgah Bazaar Ramadan Desa Pandan dalam hati terus rasa kagum. Mana tak nya, ramai orang bersesak-sesak. Bilangan gerai tak payah cakap la, aku sendiri pun tak habis tawaf (sebab nak cepat-cepat balik rumah)*pffffft*. Hehe. Aku bernasib baik sebabnya office aku betul2 depan bazaar tu. Memang aku dengan kawan aku berpakat nak singgah sekejap.



Apa yang makanan istimewa dekat situ?


Kalau korang nak tau trademark bazaar ni ialah gerai Popia Pak Ya "Power". Gerai yang jual popia basah ditambah dengan sos. Harga satu popia RM1. Agak mahal tetapi berbaloi. Kalau nak beli popia ini kena tahan sabar beratur panjang. Aku sendiri tak pernah rasa sebabnya tak tahan nak beratur! Mana nak jumpa gerai popia ini? Kalau korang datang dari arah depan khemah Pasar Ramadhan ini, gerainya adalah yang pertama. Kalau korang tengok yg ramai beratur panjang tu, hmmm itulah gerainya.


 

 
Haa, korang nampak tak beratur panjang tu. 

P/s: Sebenarnya banyak lagi makanan yang sedap2 dekat situ, kalau aku cerita satu2 tak tentu habis sampai esok. Tapi kalau tak cuba singgah sangat rugi sebab macam-macam ada. Kalau korang ada tempat lain yang lebih besar dari Desa Pandan ni. Bagitau aku ye? sesungguhnya aku bukan manusia GPS. Tapi sudah tentu la dekat kawasan kampung2 bazaar diorang tetap jugak yang terbaik. Hehe. Rindu nak balik kampunngg! T.T 


Rosak dan euuww!

Aqoe daa shuke n jatuh nan lagu nei beb . hukhuk !!!!
best kod layan . tuk owg yg aqoe syg y melengkapkan idup2 aqoe .
tengs auw !!!! por yueee !!!

Err okay, bismillah dulu. Apa korang rasa bila jumpa ayat macam kat atas ni? Bagi aku la, tak tahu la bagi korang. Rasa tergeliat, terguling, termuncung bibir dengan lidah nak baca. Aku jadi aqoe? Dengan jadi nan?For jadi porrr? You jadi yueeeee?? Sangat loya okay. Biasanya yang guna bahasa macam ni budak-budak sekolah rendah je. Bila dah meningkat dewasa dah boleh fikir dengan matang. Dia anak bongsu kot. Dia anak manja kot.Tapi itu semua alasan, bagi aku.



Bak kata-kata 'pujangga' Anwar Hadi, bahasa ni digunakan oleh orang yang tak cukup huruf dekat keyboard laptop dia, macam aku jadi aq, yang jadi y, hidup jadi idop. Macam mana kalau ayat macam aku jadi aqoe, update jadi hupdate, saya jadi shaye, bukan tu ayat yang dah terlebih huruf dekat keyboard ke? Itu pun ya jugak!


Kalau nak speaking tu agak-agak juga la. Kenalah sesuai dengan ayat masing-masing. Jangan sampai meloyakan tekak orang yang mendengar atau membaca. Bukan yang macam ni.
"Eh you know tak tadi? I just heard about dia la, kesian kan?you tak kesian ke."

Aku lagi kesian dengan orang macam ni. Rosak. Sekian.


P/s: Hak masing-masing la nak gunakan bahasa macam mana, tapi hak aku jugak nak luahkan pendapat :) Kalau aku jumpa blog yang guna bahasa macam atas ni, terus aku tekan punat pangkah. xx


#1 Ramadhan entri: Pengalaman pertama.


Errr, pengalaman pertama? Tak pernah puasa ke sebelum ni? Baru nak belajar puasa? Dah besar panjang pun tak reti lagi puasa? Astaghfirullah-al'azim. Tak baik buat andaian yang bukan-bukan. Bulan puasa ni wahai hamba-hamba Allah sekalian. *emo terlebih*


Entri ni mengenai pengalaman pertama yang berlaku dekat aku sepanjang bulan puasa tahun ni.


Apa yang syiok sangat puasa tahun ni? aha, tak ada benda yang syok terlebih pun. Sejak berpindah rumah sewa baru pada bulan May lepas, dapat juga aku menikmati pengalaman pertama berbuka dan bersahur dengan budak rumah sewa baru. Antara kawan aku tu, cik Misha aka cik Ice, follow la dia ya. Dia baru berjinak dalam dunia blogger ni. *iklan sebentar*


Tahun ni jugak pengalaman pertama aku berpuasa ditempat kerja (aku budak praktikal). Selalu berpuasa di tempat belajar. Kalau dalam kelas dulu, alamatnya mengantuk la sebab tak cukup tidur atau sahur terlebih-lebih. Lecturer mengajar pun semut-semut dalam kelas tu je yang faham time tuh. *pun boleh* Kalau dekat office pulak, waktu office hour dipendekkan, wuhuuu. Masa berjalan amat pantas sebab hampir setiap masa mengadap lappy. Tapi mengantuk kemain.


Pengalaman pertama tak berbuka dengan family pada minggu pertama puasa. Selalunya, minggu pertama puasa mesti aku akan balik rumah bersahur dan berbuka dengan family dekat Rembau, Negeri Sembilan. Rindu sangat kat mereka-mereka ni. Ma, bah dan adik-adik. Busy benor la semester ni! Huhu.


Puasa ni, pertama kali jugak tak akan berbuka dengan incik Al-Hafiz, err siapa tu? Siapa lagi kalau bukan incik kamera man saya kat tepi sidebar ni. Haha. Walaupun sehari? Ye, walaupun sehari je. Selama ber'kepit', ehh silap, ber'ehem' selama 3 tahun lebih ni. Mesti ada sekurang2nya sekali dua kami berbuka puasa sama-sama. Tapi nampaknya rezeki kami tak ada tahun ni. Sorang dekat utara, sorang dekat selat melaka. *tsssk*


P/s: Header kuh sudah berwajah baru. Thehehe.


Wordless Wednesday #3

Got it? :)

P/s: Sakit kepala pulak mengadap laptop lama-lama. Haih.

Segmen Miss Nadya :: Saya Seorang Blogger Wanita

Okay, ini percubaan pertama, tak pernah2 masuk segmen. Thanks to MISS NADYA. Segmen dia simple dan tak memeningkan kepala.Heheh.


Nama penuh NURUL ASHIKIN ABD AZIZ, eceh siap nama bapak.

Nama pendek panggil Ekin je.

Tuh je! Kalau nak join tekan je banner comel tuu.

Wasalam.

Drama korea yang tengah airing sekarang apa ek?

Kepada sesiapa dekat luar sana yang seangkatan dengan aku (gila drama korea) mesti korang tahu kan yang episod City Hunter berakhir 28 Julai lepas bersamaan hari khamis minggu lepas. Sob sob. Berakhir jugak la adegan lee min ho.

Okay, bukan ni yang aku nak cerita.

Ni nak story morry sikit pasal drama korea yang masih tengah airing yang aku boleh kata tengah panass. Bukan panas sampai melecur-lecur. Tapi panas sampai tak sabar nak tunggu episod akan datang. Haha. Suka-suka hati aku jeee. Ni antara yang aku recommend korang tengok. Tengok jangan tak tengok.

Tajuk: Heartstring

Kenapa yang ni? Sebab ni antara yang paling hot. Tengok je pelakon dia pun dah tau. PARK SHIN HYE yang cute tuh dengan JUNG HYUNG HWA yang ala ala macho tuh. Dua2 ni pelakon You're Beautiful yang dulu femes gitu. MIN HYUK pun adaa. Omona (Oh my God).

 Tajuk: Myung Wol the Spy

Yang ini aku dalam proses mendownload, sebab first buat aku tertarik dengan cerita ni sebab ERIC 'SHINHWA' berlakon. Dari zaman batu lagi aku dah minat dia. Dia sangat hensem woo. Jalan cerita dia pun menarik, tertarik, kau memang da bomb. Kebaboomm!

P/s: Sorry kalau entri kali ni mengarut sikit. Sikit je. Heheh.