Segalanya Keju di Pizza Hut!

Semalam, 23 Oktober aku decide nak belanja family aku makan pizza hut. Memandangkan ada lagi saki baki duit elaun praktikal aku, so aku belanja lah. Lagipun aku dah terliur sangat dengan menu promotion Pizza Hut yang baru yang hari-hari keluar iklan dekat tv. Kalau korang nak tahu, menu itu ialah Ultimate 7 Cheesy Pizza! Segalanyaaaaa keju. Yes. Amat mengemukkan. Itu yang aku nakkan hahaha.



Yummeh, aku sebagai pencinta keju sudah tentu akan menanti-nantikan pizza hut berunsur keju ini. Apa yang menarik, ada 7 jenis keju yang dah dicampurkan dalam pizza ni. Dan yang paling best, nampak tak bebola putih atas tu, itu ialah cream cheese, rasa dia sangat 'cheese'! Walaupun rasa masam-masam sikit.


Ini muka-muka yang sedang enjoy makan Pizza Hut sebab dah lama tak menjamah!

Wordless Wednesday #7



Sekarang aku dah habiskan diploma aku, yang tinggal semua hutang piutang, huaaa.


Video #1: What makes Cristiano Ronaldo special.


#1 Test: Cristiano Ronaldo's body strength



#2 Test: Cristiano Ronaldo's mental ability 



#3 Test: Cristiano Ronaldo's technique 



#4 Test: Cristiano Ronaldo's skill 

This is amazing. This is what makes him so special aside from his looks :) Lol.

Broadband dan Download.

Aku tengok rata-rata ramai yang kecewa dengan servis broadband masing2, terutama celcom broadband. Ada yang kata maxis lebih OK dari celcom. Digi lebih OK dari maxis dan celcom. P1 wimax kebanyakkan orang kata servis tak bagus.Macam mana tak bagus tuh pun aku tak tahu. Dan apa yang boleh katakan, tak semua tempat ade signal maxis yang elok, tak semua tempat ade signal celcom yang elok dan sebagainya.Terpulang pada tempat masing2.

Dekat 2 bulan aku pakai celcom broadband prepaid, dan aku agak terkejut ramai yang taktahu kewujudan PREPAID broadband, aku tahu pun sebab dulu aku berusaha carik jalan macam mana nak guna broadband tanpa perlu bayar bulanan. Seriusly, bayar bil bulanan ni sangat melecehkan. Sebelum aku dapat tahu pasal PREPAID broadband, aku cuma terfikir subscribe internet dalam handphone je, tapi sangat terhad.Terhad dalam segala segi; kelajuan, jumlah data, screen kecil, atau dalam erti kata lain, sangat tak puas! since i'm a heavy internet user, pffft.

Credit to google.

Tekan untuk tumbesaran

Selepas aku guna, terus terang selama aku guna broadband PREPAID ni tak pernah kecewa.Cuba tengok table kat atas ni, perhati dekat table warna biru. Perhati dekat bahagian download speed, nampakkan speed dia 512 kbps? ada kalanya aku boleh dapat sampai 2Mbps. Kalau downlaod 200MB data, tunggu kurang 20 minit je. Tapi ikut keadaan jugak macam cuaca, atau masa tengah peek hour, agak susah nak capai 1Mbps.

I'm a heavy internet user. Kalau subscribe seminggu, download data hanya 1GB dibenarkan. Tapi aku guna sampai 10GB. Walhal syarat dia kalau dah exceed data, speed broadband akan slow, tapi dalam kes aku, tak pulak jadi slow. Kalau slow pun masa tengah cuaca mendung. Atau online mase tengah peek hour (pukul 8-12 malam). Dalam ramai orang complaint pasal broadband masing-masing, aku masih lagi berpuas hati dengan servis broadband aku. Alhamdulillah..