Ujian Memandu Pakai Kereta Auto bermula 2012

Assalamualaikum. //Bersua kembali dengan topik hangat. Hangat ke? Hangat taik ayam je. Hehe. Tak tahu la sama ada betul ke tidak masa mula-mula baca dekat surat khabar online pasal tajuk Ujian Memandu Guna Kereta Auto Mulai Mei 2012. Kalau betul maka saya ingin mengishtiharkan yang saya suka dengan berita yang saya baca. Hahaha.

Makin senang la kerja aku nanti nak ambik lesen nanti, kereta manual memang sangat menyusahkan hidup. Dengan aku yang tak pandai kawal clutch, bahagian-bahagian gear pun tak hafal, dengan belajar lambat pickup nya, nak bawak kereta manual alamat fail la ujian JPJ. Haha. Lagi satu, aku ni jenis tak boleh kena marah sikit. Sebab aku cepat menangis!

Lesen memandu //Dia pun ada lesen, aku?tsk tsk.

Salah satu papan tanda jalan //Ada ke? Maaf saya budak baru belajar. Hihi.

Kereta auto senang, tak payah main clutch. Senang nak kawal speed, tak payah asyik nak kena tukar gear bila berhenti dekat traffic light. Haih, kenapa la tak buat dari dulu. Kenapa sekarang baru nak buat sistem baru ni. Tapi syukur Alhamdulillah, semua ini akan mempermudahkan urusan aku nak ambil lesen kereta pada masa akan datang.

3 comments:

Kotak Mancis said...

macam xda makna pulak ambek lesen guna auto... kompom semua lulus la lepas nie erkk... ermmm... xda cabaran laaaaaaa

Cik Ice said...

Saya dah lepas cabaran tu..hehehe

fathiahRAIHANA said...

Hohoo semak tgok spongebob blja memandu. kesian cikgu dia tuu, hihi.