Say no to ULSER, ouch!

OUCHHHH! Ulser aku datang balik! kenapa? why? wae?nande? Dalam tempoh 2 bulan ni je, dah 2 kali aku terkena penyakit ulser ni. Kalau duk kira2 bilangan ulser tempoh 2 bulan ni, dah 6 ulser dah tumbuh. Besar2 pulak tuh. Haish. Bayangkan makanan sedap2 terhidang depan mata pun boleh hilang selera. Ulser ni sensitif kalau terkena makanan berminyak. Rasa dia fuuuu macam nak terjojol bijik mata! Sakit tahap cipan. Dalam erti kata lain sakit gila!


Dulu aku jarang2 kena ulser ni, start tahun lepas asyik kerap kena. Dan satu sebab je kenapa ulser aku datang. Gosok gigi sampai terluka gusi. hoho. Mulut aku ni sensitif sikit kalau terluka. 2-3 hari lepas tu mesti keluar ulser. Dah la aku tak kuat minum air. Memang sah2.

Kalau korang ada pengalaman ulser lepas tu tak baik2 selepas 3 minggu, disarankan korang jumpa doktor cepat2. Sebab ulser ni boleh ade risiko kanser mulut. Omona. Aku pun baru tau. Dan sememangnya aku tak ambil mudah pasal perkara ni.

Apa petua nak cepat baik dari penyakit ulser ni? Hoho. Aku bukan doktor pakar mahupun doktor haiwan. Cuma aku boleh nasihatkan kalau nak cepat2 baik korang boleh:
  • Minum air suam. (yang ni tak akan cepatkan kesembuhan, aku rasa lah, tapi wajib minum) 
  • Kumur2 dengan air garam. (jangan ditelan pulak)
  • Letak ubat gigi dekat kawasan ulser. (sakit memula, tapi lama2 rasa kebas)
  • Letak Bonjela (ubat ulser yang sememangnya efektif, kena letak setiap 3 jam sekali)
  • Jumpa doktor (kalau tak elok lebih 3 minggu) 


 P/s: sedang memulihkan diri dari ulser. wish me luck! kekeke.

Lega macam lepaskan sendawa.

Assalamualaikum.

Lamanya tak update blog ni! Busy weh, minggu raya tak payah cakap la, open house sana sini. Minggu ni pulak busy dengan presentation. Aku ade seminggu je, sebenarnya tak sampai seminggu untuk siapkan report akhir dan slide untuk presentation bagi sepanjang latihan praktikal aku. Hari Rabu tarikh keramat untuk aku buat perbentangan.



Hari rabu pagi tu masih lagi tak siap report. Betapa kelam kabutnya aku pergi print report dalam 34 muka surat. Dah pukul 8 lebih pun masih lagi belum bertolak, padahal perbentangan mula pukul 9. Nasib baik la naik kereta masa tu. Kawan aku datang lebih kurang pukul 8.15 pagi. Tinggal 45 minit lagi sebelum presentation mula! Tak sempat! Presentation aku berlangsung dekat Fakulti Sains Komputer dan Matematik UiTM Shah Alam. Last sekali, aku sampai tepat pukul 9.30 pagi. Dan dapat la no.giliran terakhir untuk present.Lebih kurang dalam pukul 11.45 pagi presentation aku selesai.

Secara rasminya aku dah habis sesi latihan praktikal! Lega macam lepaskan sedawa! Dah tak perlu buat daily report apa segala. Fuuuuu.

Tapi,

Masih ade project yang belum disiapkan lagi. Atas dasar tanggungjawab, dengan rasa berat hati aku teruskan kerja dekat tempat paktikal aku sampai hujung bulan. Maksudnya aku masih berbaki tiga minggu sebelum aku betul2 boleh pergi dari tempat tu. Walhal, kawan2 aku yang lain dah bergoyang kaki atas kerusi malas dekat rumah. Fuu. Sabor je la.

P/s: Doakan aku supaya projek aku ni selesai sampai due date 15hb ni tanpa sebarang masalah, nak lepas lagi satu beban yang dah lama sangkut dalam diri ni !