Lelaki berjanggut nampak manis.

Assalamualaikum. Memandangkan hari ni mood terhuyung hayang entah ke mana, lebih baik tulis blog dari memikirkan perasaan yang gundah gelana. Topik yang aku nak bincangkan kali ini ialah mengenai Lelaki Berjanggut. Ala, lelaki berjanggut ala-ala Ustaz Azhar Idrus tu. Hehehe.

Bagi aku, lelaki melayu yang berjanggut ni nampak manis dan matang. Ni bukan pendapat aku sorang, ramai lagi perempuan diluar sana yang sama pendapat dengan aku. Bak kata orang, janggut tu merupakan asset 'kecantikan' pada seorang lelaki yang mampu menjadikan seorang lelaki itu kelihatan lebih 'tulen'. Tak semua lelaki nampak manis bila berjanggut sekiranya lelaki berjanggut itu tidak menjaga kebersihan diri. Ini bermaksud lelaki berjanggut jika tidak dijaga dengan betul akan nampak selekeh dan tidak terurus, jadi tiada istilah manis bagi lelaki tidak pandai menguruskan kebersihan sendiri.

Contoh lelaki melayu yang menyimpan janggut ialah Farid Kamil. Sweet kan?


Namun ianya bukanlah sesuatu yang penting dan perlu di ambil berat malahan seorang lelaki yang berjanggut itu tetap lebih baik kelihatan daripada lelaki yang tidak berjanggut. Lelaki yang simpan janggut ni bukan sahaja menampakkan diri mereka 'macho', malah akan mendapat keredhaan Allah dengan niat semata-mata ingin mengamalkan sebahagian daripada sunnah yang ditinggalkan Rasulullah SAW. Antara kata-kata ataupun hadith Baginda Rasulullah SAW yang berkaitan janggut adalah seperti:

“Tipiskanlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari)
“Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
“Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan memanjangkan (memelihara) misai (kumis) mereka.” (Hadith Riwayat Muslim)

Sumber: http://myibrah.com/

Punca study week anda terganggu.

Assalamualaikum. Dah lama tak update blog. Al-maklumlah life sebagai pelajar lagi-lagi sebagai pelajar degree memang pack. Tapi lepas habis je minggu submission, nah! satu cerita korea aku habiskan dalam masa 3 hari. Mungkin ada sesetengah orang tak anggap satu pencapaian luar biasa, tapi bagi aku, ianya satu pencapaian luar biasa, haha.

Study week, please be nice. Kenapa aku cakap macam tu? Sebabnya, minggu study week ni la aku banyak habiskan masa depan laptop, bukan depan notes. Bukan sem ni je, sem2 lepas pun sama, tapi aku rasa sem lepas aku lebih rajin dari sem ni. Wahai semangatku, tolong la datang..

Salah satu kelemahan aku ialah bila berhadapan dengan internet, ada je bende yang aku tekan. Dan bila dah jadi macam tu, aku leka. That's right. Semua orang ada masalah yang sama kan? Bagi aku yang gila tengok cerita korea ni, bertambah-tambah leka aku dibuatnya. Tak kira la cerita korea ke jepun ke english ke, semua orang akan mengalami masalah yang sama. Kecuali orang betul-betul pandai menguruskan masa, orang ni saya sangat 'jelly' yang biasanya akan jumpa pada orang yang pandai-pandai.


Ada orang kata, senang je nak menguruskan masa, kita cume perlu tanamkan pendirian supaya bila kita tengah study, make sure bende lain tak interrupt kita tengah study. Contohnya, laptop letak jauh-jauh, tolak tawaran dengan elok sekira kawan ajak keluar bersuka ria, silentkan handphone, dan sebagainya. Terpulang pada diri masing-masing. Rasanya pada yang susah nak concentrate bila ada gangguan bunyi muzik dari bilik sebelah, tegur mereka sekiranya perlu, selagi mereka menganggu masa study anda. Tips semua ni pun bukan datang daripada aku, daripada orang yang pernah mengalaminya. Aku cuma share dekat blog. Itu je kot. Happy study everyone :)