K-Drama review: Greatest Love


Sekarang aku tengah follow cerita "Greatest Love". Bagi aku jalan cerita dia menarik sebab ianya mengisahkan perjalanan hidup seorang artis yang hidupnya tak pernah aman dengan kontraversi melanda dirinya. Kesian sangat dekat watak utama heroin yang bernama Gu Ae Jong, selama 10 tahun dia sebagai artis, hidup dia selalu dimalukan dan peminat menyalahkan dia punca utama pembubaran kumpulan National Treasure Girls.

Hidup Gu Ae Jong selalu dilanda musibah sampailah dia bertemu dengan hero Dok Go Jin, kehidupan Dok Go Jin dengan Gu Ae Jong berbeza bagai langit dengan bumi. Dok Go Jin sangat terkenal, hidup dilimpah dengan kemewahan dan mempunyai ramai peminat. Walaupun mereka bertemu dengan perasaan tak suka pada awalnya, lama kelamaan Dok Go Jin jatuh cinta dengan Gu Ae Jong dan berusaha 'mengorat' Gu Ae Jong dengan cara yang sangat kelakar (bagi aku la, haha).

Well, drama korea tak sah kalau tak ada 'love triangle', cerita Greatest Love tak terlepas jugak dari 'love triangle' bila watak hero kedua yang comel bernama Yoon Pil Joo pula jatuh cinta pada Gu Ae Jong. Yoon Pil Jo seorang doktor yang bijak, lemah lembut dan sangat merendah diri. Berbeza dengan watak Dok Go Jin yang ego dan berlagak. Jadi, siapakah lelaki bertuah yang dapat tangkap hati Gu Ae Jong? Korang kena tengok la sendiri ye, kalau aku bagitahu nanti tak surprise. Haha.

P/s: Aku bagi rating cerita ni 3.5 daripada 5 bintang.

Senarai Websites untuk download Drama / Movies / Tv-series

Seperti sedia maklum, aku seorang yang kuat mendownload, jarang sangat la aku melabur duit beli DVD or CD original untuk tengok cerita yang aku suka. Terukkan? Ya, thumbs down untuk aku.

Untuk pengetahuan korang, dalam external aku ada pelbagai jenis cerita. Dari movie english sampai ke movie thailand aku ada, tapi tak banyak la. Tv series aku ada dalam beberapa cerita, satu cerita pulak ada yang dah mencecah season ke ketujuh dan sebagainya, semput ok nak kumpul semua cerita tu. Tapi kalau dah minat, semuanya sanggup. Hehe. Movie pula dulu koleksi aku dah mencecah 400 movies, tapi setelah dah filter sedikit demi sedikit sebab tak cukup space hard disk, sekarang tinggal dalam 300 lebih je. Fiuh~

Kepada peminat-peminat drama korea dan jepun diluar sana, aku mungkin boleh menjadi pembekal korang. Haha. Ok gurau. Cerita korea aku ada dalam 60 lebih cerita, itu tak termasuk movie, kalau termasuk movie, ada dalam 80 lebih. Sama jugak macam cerita jepun, dalam 60 lebih cerita. Nak aku listkan ke? Next entry insyaallah aku listkan cerita apa yang aku ada.


Mana aku dapat semua cerita-cerita tu? Setelah dah tolak cerita yang aku copy dekat kawan aku, selebihnya aku download dekat:

Movie.
http://mediafire4u.com
http://akumuzikhampa.blogspot.com/
http://2smallsizemovie.blogspot.com/
http://www.300mbunited.com/
http://jieazzmovie.net/
http://www.teamaryzs.com/
http://mediafiremoviez.com/
http://jiwang.org
http://www.300mbmovie.com/
http://w3.tbd.my/
http://www.getmediafire.com/
http://amoviesz.com/
http://www.300mbfilms.com/
http://www.mediafirefilms.com/

Tv Series.
http://mediafirefreaks.blogspot.com
http://sicklah.blogspot.com/
http://mediafireheaven.ucoz.com/

K-Drama/J-Drama/K-Movie/J-Movie.
http://myasiancinema.com/
http://www.mediumquality.org/
http://chumhienk-mhienk.blogspot.com/
http://doramax264.com
http://bestdramas.blogspot.com/
http://minidramaportalhome.blogspot.com/

Watch Asian Movie/Drama Online.
http://www.mysoju.com/
http://www.dramacrazy.net
http://www.natnatvip.org/
http://www.epdrama.com/

Enjoy! :)