Sebelum saya berlagak pandai konon-konon macam saleswoman laptop, saya mahu bercerita tentang laptop berjenama Acer yang setia bersamaku selama 4 tahun telah menamatkan perkhidmatannya. Sedih memang sedih sebab ada nilai sentimentalnya tersendiri, tapi terpaksa dilepaskan dek tak mampu menanggung program atau software yang banyak untuk aku menyiapkan segala assignments.
Sekarang ni ramai yang sudah memiliki laptop sendiri malah ada yang ingin bertukar laptop yang berjenama yang sedang hangat dipasaran sekarang. Berjenama atau tidak yang penting sebelum nak beli laptop, penting kalau kita ambil kira beberapa aspek seperti berikut:
1. Harga laptop
Ini sangat penting bila masa kita nak beli laptop baru. Kita mesti plan budget sebelum nak beli, sebab tak semua yang mampu nak beli laptop mahal-mahal, lagi pulak student macam saya. Selalunya untuk harga RM 1400 dan kebawah laptop ini tidak di sertakan dengan Original Window Operating System. Kebanyakannya pakai yang cetak rompak. Kalau ada pun Selalunya akan bagi Operating system yang Starter Edition. Kalau harga RM 1700 dan keatas selalunya laptop tu akan di sertakan dengan Original Operating System.
2. Storage besar mana?
Bagi yang kaki download macam aku ni, adalah sangat penting size hard disk yang besar. Sekurang-kurangnya 500GB. Sekarang ni standard Hardrive 320GB/500GB/ 640GB ada juga Hardrive yang 1TB/1.5TB dan 2TB. Kelajuan standard bagi Hardrive laptop ni selalunya RPM 5400, (RPM ni merujuk kepada Revolution per Minute). Dekat laptop tu tak tulis RPM Hardrive berapa, boleh tanya kat Tauke kedai tu RPM HD dia berapa. Kadang-kadang dorang pun tak tau menahu langsung pasal kelajuan HD ni. Selain tu ada jugak HD yang berkelajuan RPM 7200, RPM 10 000, RPM 15 000. Makin tinggi RPM makin laju dan mahal harga Hardrive tu. Buat masa sekarang ni Hardrive yang terlaju sekali kalau tak silap SSD (Solid State Drive) Aliran data 3GB/sc Hardrive mencecah ribuan ringgit (SSD 256 GB =RM 1 800). SSD ni memang pantas.
3. Berapa banyak RAM?
RAM yang banyak memudahkan anda multi-tasking atau melakukan pelbagai perkara pada sesuatu masa. Standard laptop untuk kerja yang melibatkan sedikit photo editing, programming, networking, install ini dan itu adalah 4 GB. Kalau kerja anda setakat update blog, tulis dokumen dalam Word dan lain-lain, 2GB dah memadai. Untuk maklumat korang, sekarang ni kita dah pakai RAM DDR 3. Kalau 4 tahun lepas kita pakai DDR2.
4. Processor apa?
Untuk model terbaru Processor model Intel ialah Intel i3, Intel i5, dan Intel i7. Yang paling laju sekali ialah Intel i7(waktu ni processor paling pantas sekali kat dunia), dan dah tentu harganya pun mahal.
5. Graphic Card
Fungsi Graphic Card ni nak bagi Laptop kita lancar waktu kita tengok video atau bermain game. Takdela nak sekat2 dan lag. Kualiti Gambar dan warna dalam laptop pun lebih cantik kalau laptop kita ada grafik card. Pengeluar Graphic Card yang terkenal sekarang ni, NVidia dengan ATI AMD. Graphic Card ni pun ada 1GB, 1.5 GB,2GB yang (6GB pun ada harga memang sangat mahal.) Tak semua laptop yang menyediakan Graphic Card. Kalau kita beli laptop yang harga dalam RM1700 kebawah kemungkinan laptop kita tak di lengkapi Graphic Card. Kalau ada pun mungkin kurang dari 1GB Graphic Card. Kalau laptop RM2000 keatas, memang boleh dpt Graphic Card 1 atau 2GB.
Tips Penting:- Processor Intel 2nd Generation macam i3, i5, i7 dah graphic card dah tersedia dibina dalam. (ready built-in) jadi tak perlu nak tambah graphic card lagi.
6. Lain-lain components
DVD RW. Sekarang ni standard laptop/PC semua dah guna DVD RW. Kegunaannya, nak tengok CD/DVD,BURN dan install software dan lain-lain.
USB. Sekarang ni dah ada teknologi USB terbaru. Namanya USB 3.0 Di tingkatkan dari USB 2.0. Sebelum ni, kalau tak silap 10X lebih pantas dari USB sebelum ni. Kegunaan USB, nak transfer Data Pendrive, Cucuk Broadband, Handphone dan lain-lain.
Tips Penting :- Kalau nak kenal USB 3.0 ni senang je. Kalau USB port biasa (USB 2.0) kita nampak warna hitam. Tp USB 3.0 ni warna biru. Kalau beli laptop tu tengok je kat lubang tepi tu ada warna hitam atau biru.
7. Bateri laptop
Sekarang standard bateri laptop dah 6cell. Jangka masa tahan tu paling lama 2 jam. Bergantung kepada keadaan guna dan lain2. Ada jugak laptop yang mempunyai bateri 9 cell, yang ni lagi tahan lama boleh sampai 3-4 jam.
Tips Penting:- Bila mula-mula dah beli laptop tu, sampai rumah cas bateri laptop sampai 8jam.
Inilah antara panduan yang saya telitikan sebelum nak beli laptop, bagi saya sebagai heavy user computer, saya menitik beratkan jenama processor, jumlah RAM dan hard disk yang besar untuk menyiapkan kerja-kerja assignments dan projek. Nasib seorang pelajar network dan programming, haih.
I've welcomed my new 15.6" inch Asus A55VD laptop, jyeahh.
4 comments:
ada orang kata, lenovo paling ok.
gud info dear~
Ada orang kata pulak, Asus paling ok. Haha.
1 vote utk ASUS.. :D
Post a Comment