Assalamualaikum. //Entry ni mengisahkan tentang aku dan orang yang senasib dengan aku. Kadar BMI aku tak pernah normal dari kecik sampai lah aku berumur 22 tahun. Tetap maintain underweight. Kadang kala rimas dengan nasib diri yang terlalu kurus walhal ramai diluar sana yang sanggup bayar beribu-ribu untuk mendapatkan badan yang ramping dan tulang semata-mata. Meh aku nak bagi tahu hangpa semua yang kurus underweight ni sangat tak normal dan senang dapat penyakit, ini FAKTA. Aku lagi suka badan yang normal dan sedikit chubby. Yang penting berat badan dan ketinggian seimbang.
Orang yang jadi kurus ni bersebab juga. Perkara pertama orang akan fikir ialah sebab kurang makan. Memang betul boleh kurus sebab tak makan ikut waktu. Tapi macam mana pula dengan orang kurus yang kuat makan? Jangan terkejut kalau terjumpa orang kurus makan banyak mengalahkan orang obesiti. Ini dinamakan kadar metabolisme badan tinggi. Bila metabolisme tinggi, kalori dalam badan cepat membakar, dan mereka ni akan cepat berasa lapar. Satu yang saya perasankan, badan mereka panas bila kita sentuh mereka, padahal mereka sihat walafiat. Orang kata, mereka orang kurus ni berdarah panas. Entah betul entah tidak.
Ini antara petua-petua untuk aku menaikkan berat badan sebelum aku mendirikan rumah tangga. Ecehhh :-)
1.Penting untuk mengambil banyak makanan yang tinggi kalori, protien dan garam galian
Caranya:
Gantikan nasi dengan roti. Roti mempunyai kalori lebih besar berbanding nasi atau boleh mengambil nasi dan sejam kemudian roti.
2.Jangan tinggalkan waktu makan dan seelok-eloknya makan tiga hidangan utama bersama dua atau tiga hidangan snek sehari
Caranya: Pilih snek yang tidak mengandungi bahan kimia dan pengawet berlebihan. Digalakkan mengambil snek seperti sandwich, kekacang, biskut, minuman bersusu, jus, keju, buah-buahan kering dan kentang lenyek.
3.Makan secara kerap. Jika tidak mempunyai selera makan, boleh makan lima atau enam hidangan kecil sehari
Caranya: Ambil hidangan yang sihat. Amalan mengambil makanan ringan bukan sahaja menambah lemak yang tidak sihat, tetapi melambatkan proses metabolisme tubuh.
4.Pada waktu pagi, ambil makanan yang mempunyai sumber karbohidrat dan protein tinggi
Caranya: Minum satu gelas susu pada setiap hari, roti atau telur separuh masak. Hindari makanan yang mengandungi banyak lemak.
5.Melakukan senaman secara teratur
Caranya: Lakukan senaman senaman bina badan, angkat berat dan tekan tubi untuk membina otot badan 30 minit setiap tiga atau empat kali seminggu. Pastikan yang bertambah adalah otot bukan lemak ketika proses menambah berat badan.
6.Selepas selesai senaman,boleh gantikan tenaga yang keluar dengan mengambil makanan yang berkalori tinggi
Caranya: Ambil makanan yang mempunyai sumber protien dan karbohidrat. Ini untuk mengantikan kandungan gula dalam badan yang telah dikeluarkan sewaktu melakukan senaman.
7.Mengamalkan pemakanan mengikut panduan piramid pemakanan Malaysia
Caranya: Lebihkan pengambilan hidangan bagi setiap kumpulan makanan kecuali gula, minyak dan lemak dalam makanan.
8.Sokongan makanan tambahan
Caranya: Contohnya vitamin B yang membantu mencerna nutrisi yang diambil.
Jadi kepada yang terlalu kurus boleh la cuba amalkan. Selamat beramal :3