Perhatian: Minta pertolongan dari semua blogger. Jasa anda sangat dihargai :)

Assalamualaikum.

Mohon jasa baik rakan-rakan blogger supaya LIKE page facebook Stuck IT iaitu salah satu projek Entrepreneurship kami untuk semester 6 di UiTM Kedah. Lagi banyak like lagi bagus, dan sebarang comment dan pertanyaan adalah amat dihargai.

Apa yang kami hasilkan dari Stuck IT?

Kami menyediakan dan design sebarang bentuk web aplikasi WebServ 1.0 Beta untuk diguna pakai oleh stuff dan student UiTM Kedah. Web aplikasi dari plug-in ke rangkaian sosial untuk perkhidmatan pengurusan dalam UiTM atau kegunaan peribadi.

Promosi dari kami!


Sebarang keterangan lanjut, boleh lah melayari page kami di sini. Dan jangan lupa LIKE ye kawan-kawan :) 



Kenapa darah period berketul?

Assalamualaikum.

Sering kali kita bertanyakan kenapa darah period atau darah haid berketul. Kebiasaan darah period yang berketul terhasil pada permulaan hari seseorang itu datang bulan. Hari pertama akan rasa sakit pada kemaluan , ini kerana ketulan yang terhasil adalah besar dan sukar untuk keluar.

Gambar Hiasan

Isu haid jarang dibincangkan, apalagi secara terperinci, oleh wanita. Kedatangan haid dialami wanita sihat berusia belasan tahun hingga mereka mengalami menopaus kecuali ketika hamil dan menyusukan anak. Kitaran haid bermula dari hari pertama haid hingga hari terakhir sebelum haid berikutannya bermula.
 
Proses haid ialah membuang keluar darah, mukus dan sel mati. Proses ini berlaku dalam tempoh tetap dari masa akil baligh hinggalah menopaus (putus haid) kecuali ketika mengandung dan penyusuan.
Permulaan haid banyak bergantung kepada beberapa faktor seperti kaum, genetik, suhu persekitaran dan pemakanan. Putus haid berlaku pada purata umur 47 tahun (julat umur antara 45 hingga 55 tahun).

Tempoh kitaran haid yang normal ialah 28 hari. Bagi sesetengah individu, kitaran mungkin lebih pendek iaitu 21 hari dan sebilangannya pula boleh mencecah sehingga 35 hari. Tempoh haid yang normal antara dua hingga tujuh hari dan purata tempoh datang haid ialah tiga hingga lima hari.
Pakar Obstetrik & Ginekologi, Dr Natasha Ain Mohd Nor berkata, ramai wanita menganggap pengaliran haid yang banyak sebagai aliran normal.

Bagaimanapun, kehilangan darah bulanan yang banyak akan membawa kepada anemia yang menyebabkan kelemahan atau keletihan. Menurutnya, jumlah darah dan cecair yang hilang dari badan akibat haid biasanya antara empat hingga 12 teh sudu bagi setiap kitaran. Tubuh lazimnya melepaskan bahan anti gumpal untuk memastikan darah haid tidak berketul apabila keluar. Bagaimanapun, apabila haid mengalir dengan banyak, bahan anti gumpal tidak cukup masa untuk bekerja menyebabkan darah haid yang keluar berketul. Jika banyak ketulan darah berbanding pada waktu haid yang biasa, anda patut berjumpa doktor untuk mengesan penyebab ketidaknormalan kedatangan haid berkenaan.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, adakah normal jika darah haid yang keluar berwarna gelap atau kehitaman. Ia perkara normal yang berlaku apabila darah lebih lama tidak keluar dari tubuh dengan cepat. Aliran haid kadangkala banyak dan kadangkala sedikit.

Warna darah haid ialah hitam, perang, coklat, merah gelap, merah terang dan merah jambu. Darah haid berbau kurang enak selepas terdedah kepada udara dalam tempoh tertentu.
Menukar tuala wanita dua kali sehari kerana pengaliran haid yang banyak ialah perkara normal. Namun, jika anda terpaksa menukar tuala wanita sehingga lima atau enam kali sehari, ia bukan perkara yang perlu dipandang remeh.
 
“Ramai wanita biasa berdepan aliran haid yang banyak pada setiap bulan dan menganggap ia perkara normal. Kehilangan darah secara berlebihan sewaktu haid boleh menyebabkan anemia yang membuatkan anda rasa lemah dan pucat.
“Anda perlu berjumpa doktor jika kedatangan haid yang banyak menyebabkan tubuh lesu, pening lalat dan pucat. Selain itu, perhatikan warna kuku jari.
“Jika warnanya pucat iaitu tidak merah jambu seperti normal, ia tanda ada masalah dengan haid anda. Haid yang tidak sekata iaitu selalu keluar dalam aliran yang banyak juga petanda yang sepatutnya disedari wanita itu bahawa dia perlu bertemu doktor bagi menangani masalah itu. Banyak faktor yang menyebabkan masalah haid,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membincangkan isu bertajuk Tubuh Anda dan Haid di bengkel media anjuran Bayer Healthcare, di Port Dickson, baru-baru ini. Masalah atau perubahan kitaran haid berpunca daripada beberapa faktor, antaranya stres, emosi melampau (suka atau sedih), perubahan berat badan, aktiviti fizikal yang keterlaluan atau makan angin.


Sebab bagi masalah haid

Keguguran — mungkin berlaku keguguran tetapi wanita terbabit menyangka dirinya datang haid disebabkan tidak tahu dia mengandung akibat haid yang tidak teratur
Fibroid — wanita berkenaan mungkin mempunyai fibroid iaitu ketumbuhan bukan kanser yang tumbuh pada rahim. Lazimnya wanita yang mempunyai fibroid akan mengalami aliran haid yang lebih banyak
Endometriosis — wanita terbabit mungkin mempunyai endometriosis iaitu tisu yang tumbuh di luar uterus (peranakan). Ia sukar dikesan kerana mempunyai tanda sangat minimum
Perubahan hormon — tubuh membebaskan hormon progesteron dan estrogen. Hormon ini mengawal pengeluaran dan menggugurkan lapisan pada uterus. Apabila keseimbangan diganggu, ia boleh menyebabkan lapisan pada uterus semakin tebal. Ketebalan itu boleh menyumbang lebih banyak pendarahan berbanding biasa. Ia mungkin juga disebabkan darah haid berketul apabila lapisan berkenaan gugur.


Perubahan hormon berlaku apabila menopaus atau perubahan berat badan secara mendadak. Perubahan hormon mungkin juga diakibatkan kesan sampingan daripada pengambilan ubat, termasuk steroid, atau uterus yang besar.
Jika uterus meregang sepanjang kehamilan dan tidak kembali kepada saiz asal, ia mungkin besar yang kekal. Dengan pembesaran saiz uterus, darah haid mungkin berkumpul dan berketul sebelum dibebaskan daripada tubuh. Ia juga menyebabkan darah berwarna gelap atau banyak sepanjang haid.

Perubahan hormon berlaku disebabkan:
Sebarang halangan aliran darah haid daripada uterus menerusi servik dan keluar dari vagina mungkin menyebabkan masalah ketulan, warna atau pekat