Lawak.

Cerita 1 :

4 orang pemuda duduk bertentangan di dalam sebuah keretapi.. seorang warga Amerika, seorang Kongo, seorang Bangladesh dan seorang Malaysia..

Sedang dalam perjalanan, warga Amerika tu mengeluarkan 100 us dollar lalu dibakarnya utk menghidupkn rokok.. semua terkejut dengan tindakan si Amerika dan belum sempat bertanye, si Amerika ni kata " its ok.. too many DOLLARs in Amerika,"..

Tanpa mengendahkan kata2 si Amerika tu, si Kongo pula mengeluarkn sekotak cigar yg termahal didunia.. di bakarnya satu dan yg lain dibuang ke tingkap.. tersentak dengan tindakan si Kongo ni, si Amerika bertanye, "why??,". si Kongo menjawab," there is too many cigars in Kongo"..

si Malaysia dan si Bangladesh terpinga2 dengan perbuatan mereka td.. belum sempat si Bangladesh kata apa2, si Malaysia terus campak si Bangladesh keluar tingkap.. dengan slamber berkata "nevermind... too many Bangla in Malaysia,"...


Cerita 2 :

Cucu : Nenek!! nenek..!! Datuk meninggal !!
Nenek :Bila cu??
Cucu :Baru je, jatuh dari p0k0k sukun, cepat nek kerumah, keluarga sudah bkumpul semua, mari cepat nek !! Nenek : Kejap cu, nenek pinjam HP kamu dulu cu..
Cucu : Nak tepon siapa siapa nek ??
Nenek : Bukan! nenek nk buka facebook dulu..nenek nk ubah status dari BERKAHWIN menjadi JANDA


Cerita 3 : 

Seorang nenek berusia 65 tahun melahirkan seorang anak. Rakan-rakannya datang berkunjung untuk menjenguknya. Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut, nenek itu berkata “Nanti dulu”.

Beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi. Tetapi nenek itu tetap berkata “Nanti dulu”.

Akhirnya mereka bertanya : “Bila kami boleh melihat bayi engkau..?” “Bila dia menangis”. “Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?” “Sebabnya aku lupa.. dimana aku letak bayiku tadi..”

Cerita 4 : 

WIFI punya cerita.
Man : dey mamak apa password WIFI kt sini?
Mamak : apa WIFI??
Man : ini kedai punya internet la..
Mamak : Ooo..itu mcm kalu, password dia tajupakale jugak ... ... ...
Man : hah??
Mamak : "tajupakale..!"
Man : Apa tu..??
Mamak : Aiyoo..awk tnya passwordkan..tajupakale la..
Man : Password dia tajupakale..!
Mamak : ya..tajupakale

Man pun menaip T.A.J.U.P.A.K.A.L.E. (ternyata salah)
Man : dey, mamak apa password dia??
Mamak : tajupakale la...sudah tnya byk kali jugak..aiyoo!!
Man : kau bg salah la, tu yg aku tnya balik
Mamak : mana ada slah..tajupakale
Man : x boleh la dey!!
Mamak : boleh la...
Man : ko dtg sini tgk aku taip..(mamak tu pun dtg) kalo x boleh kepala ko aku taju!
Mamak : aiyoo abg jgn marah la..awk satu kali saya tengok (Man pun taip)
Man : ko tgk aku taip T.A.J.U.P.A.K.A.L.E... tgk,mana dapat!!
Mamak : dey, abg mari sini saya taip..awk kasi tekan salah butang jugak..
Man : eh, ye ke...kau tekan la
Mamak : ini mcm tekan la 7777
Man : "ini TUJUH EMPAT KALI..!!"
Mamak : betul la saya cakap tajupakale..
Man : %@$#@%#!!!!...

TROLOLOL. Made my day :)

Iklan yang meremangkan bulu roma!


Mula-mula tengok iklan ni macam tak percaya je kan. Kalau malaysia terus buat iklan macam ni kan bagus. Menaikkan semangat budak-budak zaman sekarang untuk jadi macam Ramli ni. Heheh. Btw, Ramli, kamu nampak comel :) LOL

SARCASM.

Zasssss, this week has been stressful week. Yes again! But I'm always cool as I always be, but can't help thinking about it. The week of project previews is always a cramp stressful week, and everyone is prone to say words that was pretty much to slur and hurt other people (purposely) especially if they have a high expectations for interns to do soooooo well and pretty much perfect outputs, just like people who has been 5 years experience doing the works. This is so called unfairness.

Usually, I am not the person to snap words directly, I would always keep in my anger (for months) and just when someone flicks the switch, WHAMMM!! There you go, please and thank you. But I still rarely doing that. Very.

Though occasionally, I proceed to "gossiping" about them with my partner friend, Misha or my housemate members. Letting out your anger and frustration sure does take a lot of energy. The attitudes biar lantak and apa aku kisah are among the killer mode of being rude or in Malay, biadap. When you are frustrated with  someone, whatever "friendship" you have with the person goes down the drain and your mouth moves freeelllllyyyyyy at 120km/h.

OK, back to the topic, for most of the time, I am not the most fun person to be around. I dislike people who are kuat memerli and mulut macam laser. So so bullsh*t. You know what's the funny thing, as I can't take harsh words as a joke, I am called sensitive, but when I went ahead and do the snapping, oh yeah, suddenly I am dubbed the rudest person alive. Though, lately, I have tried resorting to the "chi" technique of keeping my serenity with me, always.


Bersabar untuk lagi seminggu, amin.

Selamat Hari Malaysia / Merdeka.


Assalamualaikum. Sorry sangat sebab dah lama tak update blog, macam biasa lah, reason dia satu je. BUSY! Tapi sebelum tu aku nak ucapkan Selamat Hari Malaysia kepada semua blogger dan silent reader diseluruh negara. Apa plan korang buat sempena cuti hari jumaat ni? 3 hari cuti beb! memang terkangkang aku kat rumah nih *statement tak senonoh*

Kalau ada diantara korang yang suke berjalan / semangat patriotik /  suka tengok perarakan / suka lihat benda warne warni, mesti korang tak terlepas dari tengok segala persembahan dekat dataran merdeka. Hehe. Untung laa korang yang ade kenderaan ni.

Zaman kecik-kecik dulu sambut merdeka lebih happening berbanding bila dah besar. Tiap-tiap tahun mesti tak terlepas tengok bunga api. Mesti mama dengan abah bawak pergi klcc, berkelah lebih kurang pukul 9 malam  sampai la tepat pukul12 am semata-mata nak tengok bunga api. Bila dah besar ni, tengok bunga api melalui tingkap rumah je.

 Happy birthday Malaysia! With love


Say no to ULSER, ouch!

OUCHHHH! Ulser aku datang balik! kenapa? why? wae?nande? Dalam tempoh 2 bulan ni je, dah 2 kali aku terkena penyakit ulser ni. Kalau duk kira2 bilangan ulser tempoh 2 bulan ni, dah 6 ulser dah tumbuh. Besar2 pulak tuh. Haish. Bayangkan makanan sedap2 terhidang depan mata pun boleh hilang selera. Ulser ni sensitif kalau terkena makanan berminyak. Rasa dia fuuuu macam nak terjojol bijik mata! Sakit tahap cipan. Dalam erti kata lain sakit gila!


Dulu aku jarang2 kena ulser ni, start tahun lepas asyik kerap kena. Dan satu sebab je kenapa ulser aku datang. Gosok gigi sampai terluka gusi. hoho. Mulut aku ni sensitif sikit kalau terluka. 2-3 hari lepas tu mesti keluar ulser. Dah la aku tak kuat minum air. Memang sah2.

Kalau korang ada pengalaman ulser lepas tu tak baik2 selepas 3 minggu, disarankan korang jumpa doktor cepat2. Sebab ulser ni boleh ade risiko kanser mulut. Omona. Aku pun baru tau. Dan sememangnya aku tak ambil mudah pasal perkara ni.

Apa petua nak cepat baik dari penyakit ulser ni? Hoho. Aku bukan doktor pakar mahupun doktor haiwan. Cuma aku boleh nasihatkan kalau nak cepat2 baik korang boleh:
  • Minum air suam. (yang ni tak akan cepatkan kesembuhan, aku rasa lah, tapi wajib minum) 
  • Kumur2 dengan air garam. (jangan ditelan pulak)
  • Letak ubat gigi dekat kawasan ulser. (sakit memula, tapi lama2 rasa kebas)
  • Letak Bonjela (ubat ulser yang sememangnya efektif, kena letak setiap 3 jam sekali)
  • Jumpa doktor (kalau tak elok lebih 3 minggu) 


 P/s: sedang memulihkan diri dari ulser. wish me luck! kekeke.

Lega macam lepaskan sendawa.

Assalamualaikum.

Lamanya tak update blog ni! Busy weh, minggu raya tak payah cakap la, open house sana sini. Minggu ni pulak busy dengan presentation. Aku ade seminggu je, sebenarnya tak sampai seminggu untuk siapkan report akhir dan slide untuk presentation bagi sepanjang latihan praktikal aku. Hari Rabu tarikh keramat untuk aku buat perbentangan.



Hari rabu pagi tu masih lagi tak siap report. Betapa kelam kabutnya aku pergi print report dalam 34 muka surat. Dah pukul 8 lebih pun masih lagi belum bertolak, padahal perbentangan mula pukul 9. Nasib baik la naik kereta masa tu. Kawan aku datang lebih kurang pukul 8.15 pagi. Tinggal 45 minit lagi sebelum presentation mula! Tak sempat! Presentation aku berlangsung dekat Fakulti Sains Komputer dan Matematik UiTM Shah Alam. Last sekali, aku sampai tepat pukul 9.30 pagi. Dan dapat la no.giliran terakhir untuk present.Lebih kurang dalam pukul 11.45 pagi presentation aku selesai.

Secara rasminya aku dah habis sesi latihan praktikal! Lega macam lepaskan sedawa! Dah tak perlu buat daily report apa segala. Fuuuuu.

Tapi,

Masih ade project yang belum disiapkan lagi. Atas dasar tanggungjawab, dengan rasa berat hati aku teruskan kerja dekat tempat paktikal aku sampai hujung bulan. Maksudnya aku masih berbaki tiga minggu sebelum aku betul2 boleh pergi dari tempat tu. Walhal, kawan2 aku yang lain dah bergoyang kaki atas kerusi malas dekat rumah. Fuu. Sabor je la.

P/s: Doakan aku supaya projek aku ni selesai sampai due date 15hb ni tanpa sebarang masalah, nak lepas lagi satu beban yang dah lama sangkut dalam diri ni !