Say no to ULSER, ouch!

OUCHHHH! Ulser aku datang balik! kenapa? why? wae?nande? Dalam tempoh 2 bulan ni je, dah 2 kali aku terkena penyakit ulser ni. Kalau duk kira2 bilangan ulser tempoh 2 bulan ni, dah 6 ulser dah tumbuh. Besar2 pulak tuh. Haish. Bayangkan makanan sedap2 terhidang depan mata pun boleh hilang selera. Ulser ni sensitif kalau terkena makanan berminyak. Rasa dia fuuuu macam nak terjojol bijik mata! Sakit tahap cipan. Dalam erti kata lain sakit gila!


Dulu aku jarang2 kena ulser ni, start tahun lepas asyik kerap kena. Dan satu sebab je kenapa ulser aku datang. Gosok gigi sampai terluka gusi. hoho. Mulut aku ni sensitif sikit kalau terluka. 2-3 hari lepas tu mesti keluar ulser. Dah la aku tak kuat minum air. Memang sah2.

Kalau korang ada pengalaman ulser lepas tu tak baik2 selepas 3 minggu, disarankan korang jumpa doktor cepat2. Sebab ulser ni boleh ade risiko kanser mulut. Omona. Aku pun baru tau. Dan sememangnya aku tak ambil mudah pasal perkara ni.

Apa petua nak cepat baik dari penyakit ulser ni? Hoho. Aku bukan doktor pakar mahupun doktor haiwan. Cuma aku boleh nasihatkan kalau nak cepat2 baik korang boleh:
  • Minum air suam. (yang ni tak akan cepatkan kesembuhan, aku rasa lah, tapi wajib minum) 
  • Kumur2 dengan air garam. (jangan ditelan pulak)
  • Letak ubat gigi dekat kawasan ulser. (sakit memula, tapi lama2 rasa kebas)
  • Letak Bonjela (ubat ulser yang sememangnya efektif, kena letak setiap 3 jam sekali)
  • Jumpa doktor (kalau tak elok lebih 3 minggu) 


 P/s: sedang memulihkan diri dari ulser. wish me luck! kekeke.

6 comments:

budakijaupendek said...

good luck!
guna bonjela mmg berkesn.

e k i n said...

@budakijaupendek Yup, kalau continuously pakai 3 jam sekali -,-'

Aleen Aiden said...

wuuu tengok gamba je dah tau sakit mcm mane.kamu yg sabar ye..minum air byk2. ^_*

nurAIN said...

aku benci ulser....
macam nak meraung je kne dlu..

e k i n said...

@aleen aiden Hehe. thanks wak. dah nak baik dah nih :)

e k i n said...

@nurAIN Tau takpeh, sabor je la :(