Ujian Memandu Pakai Kereta Auto bermula 2012

Assalamualaikum. //Bersua kembali dengan topik hangat. Hangat ke? Hangat taik ayam je. Hehe. Tak tahu la sama ada betul ke tidak masa mula-mula baca dekat surat khabar online pasal tajuk Ujian Memandu Guna Kereta Auto Mulai Mei 2012. Kalau betul maka saya ingin mengishtiharkan yang saya suka dengan berita yang saya baca. Hahaha.

Makin senang la kerja aku nanti nak ambik lesen nanti, kereta manual memang sangat menyusahkan hidup. Dengan aku yang tak pandai kawal clutch, bahagian-bahagian gear pun tak hafal, dengan belajar lambat pickup nya, nak bawak kereta manual alamat fail la ujian JPJ. Haha. Lagi satu, aku ni jenis tak boleh kena marah sikit. Sebab aku cepat menangis!

Lesen memandu //Dia pun ada lesen, aku?tsk tsk.

Salah satu papan tanda jalan //Ada ke? Maaf saya budak baru belajar. Hihi.

Kereta auto senang, tak payah main clutch. Senang nak kawal speed, tak payah asyik nak kena tukar gear bila berhenti dekat traffic light. Haih, kenapa la tak buat dari dulu. Kenapa sekarang baru nak buat sistem baru ni. Tapi syukur Alhamdulillah, semua ini akan mempermudahkan urusan aku nak ambil lesen kereta pada masa akan datang.

Artis Barat dan Islam.

Assalamualaikum. //Korang mesti dah tahukan situasi dekat barat sekarang macam mana. Maksudnya, pandangan orang barat terhadap agama tercinta kita, Islam. Istilah Islamophobia tak asing lagi dekat sana.

Tapi itulah yang terjadi beberapa hari lepas dekat twitter selepas salah seorang ahli kumpulan One Direction di'bash' hanya kerana dia beragama Islam. One Direction terdiri daripada 5 jejaka kacak. Salah seorang daripadanya beragama Islam bernama Zayn Malik.

One Direction


Zayn Malik. //Dia sangat comel ok!

Zayn Malik yang berdarah kacukan British-Pakistan mula dapat perhatian bila ada beberapa anti-fans mula membahan dia, malah keluarga dia juga menjadi mangsa hinaan. Tak lama selepas itu, muncul pula topik trending seperti #StayStrongZayn dari peminat dan pihak yang prihatin untuk bagi kata-kata semangat kepada Zayn Malik dan keluarganya. Kesian dia, hanya kerana agama yang dianuti, dia dipandang serong sesetengah pihak. :(

Antara kata-kata semangat dan respon dari peminat.

Tweet pertama Zayn selepas 'peperangan' twitter makin reda.


Aww. Dia cuba menelan keperitan dalam senyuman. Bukan senang nak menempuhi dunia barat. It's ok as long you stay strong. So be it ok!

#2 Tutorial: Remove Twitter Widget Header/Footer.

Assalamualaikum. //Harini mood sangat baik, jadi aku nak share something untuk korang. Apa kena mengena dengan mood baik entah. Lol.

Untuk korang yang ada twitter, lepas tu nak letak dekat blog tentang your latest tweets, korang boleh letak bende alah ni. Kalau nak, sila dapatkan dekat Twitter Widget Profile. Lepas tu code tu korang paste dekat Dashboard -> Layout -> Html/Javascript.

Twitter widget. #GambarContoh

#1 Customization: Nak tukar color font, link, background etc.
Ini senang je, nak tukar color boleh customize dekat dalam web dia je. Bahagian appearance. 

#2 Customization: Buang header dalam Twitter Widget.
Kalau ada yang tak faham, bahagian header tu bahagian atas sekali kat widget tu. So sekarang kita nak removekan dia. Untuk jadikan dia seperti ini:


Step 1: Dashboard -> Template -> Edit HTML -> Expand widget template
Step 2: Tekan CTRL + F , cari code ni :

<head>

Step 3: Copy code ini, paste dekat mana mana bahagian antara tag <head> dengan tag </head>.

.twtr-hd
{
display: none;
}
.twtr-widget .twtr-tweet {
border:none!important;
text-align:left;
font-family: Tahoma, Geneva, sans-serif;
font-size:11px;
}

Step 4: Preview, kalau jadi tekan save.


#3 Customization: Buang footer dalam Twitter Widget.
Footer pula bahagian bawah widget. Selepas remove jadi la hasilnya seperti ni:


Sama je step by step dia, cuma step 3 tu pakai code ni. Step lain sama macam atas.

.twtr-ft
{
display: none;
}
.twtr-widget .twtr-tweet {
border:none!important;
text-align:left;
font-family: Tahoma, Geneva, sans-serif;
font-size:11px;
}

#4 Customization: Buang header dan footer dalam Twitter Widget.
Kalau nak buang dua dua sekali pun boleh. Jadi macam ni:


Copy code ni untuk step 3,

.twtr-hd, .twtr-ft
{
display: none;
}
.twtr-widget .twtr-tweet {
border:none!important;
text-align:left;
font-family: Tahoma, Geneva, sans-serif;
font-size:11px;
}


//Macam mana? Rasa benda ni tak penting mana pun. Tapi untuk orang yg sukakan bende yang simple macam saya ni. Memang sangat puas tengok hasilnya :3

Official Running Man Addict :3

Running Man daebak! Daebak sepuluh ribu kali! Mungkin RM antara gameshow korea yang paling best pernah aku tengok. Hoho. Selepas X-Man dah habis ditayangkan, dah malas aku nak ambik tahu pasal gameshow korea yang lain. Mungkin ada la dua tiga show aku layan. Antara lain macam Family Outing, Strong Heart, We got Married etc. Tapi tengok separuh jalan je, tsk tsk.


First time tengok Running Man (RM), ingatkan biasa biasa je. Lama kelamaan jadi macam nak tengok lagi. Setiap peserta RM ada personaliti masing masing. Ada kelakar, sengal, sweet couple, kebudak budakkan, asyik kena buli, romantik, banyak cakap, ketua yang gagah perkasa, ketua yang famous, bla bla bla. Sampai esok pun tak habis. Hihi.

Ingat lagi, masa mula mula episod pertama Running Man keluar, aku langsung tak ambil peduli. Haish.


Ada sesetengah episode Running Man buat aku gelak terguling guling. Sesuai sangat la untuk release tension. Salah satu episode mereka buat dekat Thailand. Apa yang kelakar ialah Gwangsoo ada fans base dekat sana, Gwangsoo punya happy tak ingat dunia. Hahaha. Tak serik serik puji fans Thai dia. Untanglaaa fans Thailand dapat jumpa RM crews.

" Gwangsoo!!! "
"Waaaa, aku ada peminat dekat Thailand! macam tak percaya."

Ada pulak manusia dalam RM yang gila gila mengelarkan diri masing masing.  Macam HaHa yang sinonim dengan nama Haroro. Semuanya kerana topi yang HaHa selalu pakai serupa kartun Pororo. Yoo Jaesuk dengan nama Yooruce Willis, Kim Jong Kook dengan nama Sparta Kook, Song Ji Hyo dengan nama Blank Ji Hyo. Sumpah kelakar!

Haroro
Yooruce Willis
Mong (Blank) Ji Hyo
Sparta Kook

Tak sabar nak tunggu Running Man buat broadcast dekat negara Asia lain, Malaysia salah satu tempat bakal jadi tempat destinasi diorang. Hehe. Happy bila dengar Malaysia termasuk sekali. Dalam banyak banyak tempat dekat Malaysia, kalau boleh buat la dekat Melaka or Langkawi ke, instead of buat dekat Kuala Lumpur. Banyak lagi tempat Malaysia ni satu dunia tak tahu lagi. Bosan jugak kalau asyik ada lambang KLCC je. 

Monday Couple, chu~!

Ada sesiapa yang zaman kanak-kanak awal 90-an?

Topik nostalgia bukan? Haha. Aku anak kelahiran awal 90-an (1990) ingin berkongsi apa yang popular pada zaman saya kecik-kecik dulu. Sesiapa pun mesti rindu zaman kanak-kanak mereka, zaman bila korang tak perlu nak fikir masalah. Yang semakin besar semakin masalah membelungi otak. Grrr.


Tadaa. Pada zaman sekolah rendah aku dulu, cerita Power Rangers ni umpama cerita naruto zaman sekarang. Eh tak, lagi popular dari naruto. Kekeke. Dalam banyak2 tu, aku cop yang warna pink. Gedik! Lol.



Aku paling ingat bas mini ni, wujud dekat Kuala Lumpur. Selagi boleh muat, diorang sumbat je. Lepas tu bawak macam bawak atas litar Sepang. Laju nak mampos! Last time aku nampak bas ni dekat Shah Alam 5-6 tahun lalu kot kalau tak silap. Hehe.


Masa sekolah rendah dulu, gam ni kalau takde, tak sah! Sebab masa kecik-kecik la banyak main gam. Banyak lekat2 gambar dalam buku. Harga 20 sen je. Patut la gam ni tak berapa gajah sangat!


Tamagotchi ni sangat jadi kesukaan aku dulu. Masa aku darjah satu dalam kelas mengaji, tetiba terjeles dengan sorang budak ni ade game digital ni. Masa tu la mintak kat mama aku belikan satu. Ianya best sebabnya korang boleh jaga 'binatang peliharaan' dari sebelum menetas sampai la ke besar. Cute sangat! Last-last rosak masuk air. Menangis aku!


Komik paling feveret dialam semestaaa ialah komik Anak-anak Sidek. Haha. Zaman sekolah rendah dulu, lama dahh. Sekarang kalau baca pun tak bosan lagi kot. Dulu ada la jugak koleksi buku ni, sekarang dah kena buang. Cett.


SNAAAAAAP! kalau korang pernah main benda alah ni, *sep* sikit! Rinduuu la nak main ni. Dulu masa dekat koop ade jual kad ni. 50 sen je. Sekarang dah tak pernah nampak dah. Huhu.


Kalau bab makanan pulak, aku rasa ni paling lagend, gula-gula T-Drop. Bedak dia yang aku suka. Kekeke.


Korang ingat tak? Main nama negeri, mula2 pilih satu huruf lepas tu cari nama negeri, buah, binatang dan benda. Ni pun aku suka main dengan member-member sekolah dulu. Kekeke.

Kalau korang ada idea pasal permainan zaman awal 90-an dulu bagitau la ye :)

Segalanya Keju di Pizza Hut!

Semalam, 23 Oktober aku decide nak belanja family aku makan pizza hut. Memandangkan ada lagi saki baki duit elaun praktikal aku, so aku belanja lah. Lagipun aku dah terliur sangat dengan menu promotion Pizza Hut yang baru yang hari-hari keluar iklan dekat tv. Kalau korang nak tahu, menu itu ialah Ultimate 7 Cheesy Pizza! Segalanyaaaaa keju. Yes. Amat mengemukkan. Itu yang aku nakkan hahaha.



Yummeh, aku sebagai pencinta keju sudah tentu akan menanti-nantikan pizza hut berunsur keju ini. Apa yang menarik, ada 7 jenis keju yang dah dicampurkan dalam pizza ni. Dan yang paling best, nampak tak bebola putih atas tu, itu ialah cream cheese, rasa dia sangat 'cheese'! Walaupun rasa masam-masam sikit.


Ini muka-muka yang sedang enjoy makan Pizza Hut sebab dah lama tak menjamah!

Wordless Wednesday #7



Sekarang aku dah habiskan diploma aku, yang tinggal semua hutang piutang, huaaa.


Video #1: What makes Cristiano Ronaldo special.


#1 Test: Cristiano Ronaldo's body strength



#2 Test: Cristiano Ronaldo's mental ability 



#3 Test: Cristiano Ronaldo's technique 



#4 Test: Cristiano Ronaldo's skill 

This is amazing. This is what makes him so special aside from his looks :) Lol.

Broadband dan Download.

Aku tengok rata-rata ramai yang kecewa dengan servis broadband masing2, terutama celcom broadband. Ada yang kata maxis lebih OK dari celcom. Digi lebih OK dari maxis dan celcom. P1 wimax kebanyakkan orang kata servis tak bagus.Macam mana tak bagus tuh pun aku tak tahu. Dan apa yang boleh katakan, tak semua tempat ade signal maxis yang elok, tak semua tempat ade signal celcom yang elok dan sebagainya.Terpulang pada tempat masing2.

Dekat 2 bulan aku pakai celcom broadband prepaid, dan aku agak terkejut ramai yang taktahu kewujudan PREPAID broadband, aku tahu pun sebab dulu aku berusaha carik jalan macam mana nak guna broadband tanpa perlu bayar bulanan. Seriusly, bayar bil bulanan ni sangat melecehkan. Sebelum aku dapat tahu pasal PREPAID broadband, aku cuma terfikir subscribe internet dalam handphone je, tapi sangat terhad.Terhad dalam segala segi; kelajuan, jumlah data, screen kecil, atau dalam erti kata lain, sangat tak puas! since i'm a heavy internet user, pffft.

Credit to google.

Tekan untuk tumbesaran

Selepas aku guna, terus terang selama aku guna broadband PREPAID ni tak pernah kecewa.Cuba tengok table kat atas ni, perhati dekat table warna biru. Perhati dekat bahagian download speed, nampakkan speed dia 512 kbps? ada kalanya aku boleh dapat sampai 2Mbps. Kalau downlaod 200MB data, tunggu kurang 20 minit je. Tapi ikut keadaan jugak macam cuaca, atau masa tengah peek hour, agak susah nak capai 1Mbps.

I'm a heavy internet user. Kalau subscribe seminggu, download data hanya 1GB dibenarkan. Tapi aku guna sampai 10GB. Walhal syarat dia kalau dah exceed data, speed broadband akan slow, tapi dalam kes aku, tak pulak jadi slow. Kalau slow pun masa tengah cuaca mendung. Atau online mase tengah peek hour (pukul 8-12 malam). Dalam ramai orang complaint pasal broadband masing-masing, aku masih lagi berpuas hati dengan servis broadband aku. Alhamdulillah..

Lawak.

Cerita 1 :

4 orang pemuda duduk bertentangan di dalam sebuah keretapi.. seorang warga Amerika, seorang Kongo, seorang Bangladesh dan seorang Malaysia..

Sedang dalam perjalanan, warga Amerika tu mengeluarkan 100 us dollar lalu dibakarnya utk menghidupkn rokok.. semua terkejut dengan tindakan si Amerika dan belum sempat bertanye, si Amerika ni kata " its ok.. too many DOLLARs in Amerika,"..

Tanpa mengendahkan kata2 si Amerika tu, si Kongo pula mengeluarkn sekotak cigar yg termahal didunia.. di bakarnya satu dan yg lain dibuang ke tingkap.. tersentak dengan tindakan si Kongo ni, si Amerika bertanye, "why??,". si Kongo menjawab," there is too many cigars in Kongo"..

si Malaysia dan si Bangladesh terpinga2 dengan perbuatan mereka td.. belum sempat si Bangladesh kata apa2, si Malaysia terus campak si Bangladesh keluar tingkap.. dengan slamber berkata "nevermind... too many Bangla in Malaysia,"...


Cerita 2 :

Cucu : Nenek!! nenek..!! Datuk meninggal !!
Nenek :Bila cu??
Cucu :Baru je, jatuh dari p0k0k sukun, cepat nek kerumah, keluarga sudah bkumpul semua, mari cepat nek !! Nenek : Kejap cu, nenek pinjam HP kamu dulu cu..
Cucu : Nak tepon siapa siapa nek ??
Nenek : Bukan! nenek nk buka facebook dulu..nenek nk ubah status dari BERKAHWIN menjadi JANDA


Cerita 3 : 

Seorang nenek berusia 65 tahun melahirkan seorang anak. Rakan-rakannya datang berkunjung untuk menjenguknya. Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut, nenek itu berkata “Nanti dulu”.

Beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi. Tetapi nenek itu tetap berkata “Nanti dulu”.

Akhirnya mereka bertanya : “Bila kami boleh melihat bayi engkau..?” “Bila dia menangis”. “Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?” “Sebabnya aku lupa.. dimana aku letak bayiku tadi..”

Cerita 4 : 

WIFI punya cerita.
Man : dey mamak apa password WIFI kt sini?
Mamak : apa WIFI??
Man : ini kedai punya internet la..
Mamak : Ooo..itu mcm kalu, password dia tajupakale jugak ... ... ...
Man : hah??
Mamak : "tajupakale..!"
Man : Apa tu..??
Mamak : Aiyoo..awk tnya passwordkan..tajupakale la..
Man : Password dia tajupakale..!
Mamak : ya..tajupakale

Man pun menaip T.A.J.U.P.A.K.A.L.E. (ternyata salah)
Man : dey, mamak apa password dia??
Mamak : tajupakale la...sudah tnya byk kali jugak..aiyoo!!
Man : kau bg salah la, tu yg aku tnya balik
Mamak : mana ada slah..tajupakale
Man : x boleh la dey!!
Mamak : boleh la...
Man : ko dtg sini tgk aku taip..(mamak tu pun dtg) kalo x boleh kepala ko aku taju!
Mamak : aiyoo abg jgn marah la..awk satu kali saya tengok (Man pun taip)
Man : ko tgk aku taip T.A.J.U.P.A.K.A.L.E... tgk,mana dapat!!
Mamak : dey, abg mari sini saya taip..awk kasi tekan salah butang jugak..
Man : eh, ye ke...kau tekan la
Mamak : ini mcm tekan la 7777
Man : "ini TUJUH EMPAT KALI..!!"
Mamak : betul la saya cakap tajupakale..
Man : %@$#@%#!!!!...

TROLOLOL. Made my day :)

Iklan yang meremangkan bulu roma!


Mula-mula tengok iklan ni macam tak percaya je kan. Kalau malaysia terus buat iklan macam ni kan bagus. Menaikkan semangat budak-budak zaman sekarang untuk jadi macam Ramli ni. Heheh. Btw, Ramli, kamu nampak comel :) LOL

SARCASM.

Zasssss, this week has been stressful week. Yes again! But I'm always cool as I always be, but can't help thinking about it. The week of project previews is always a cramp stressful week, and everyone is prone to say words that was pretty much to slur and hurt other people (purposely) especially if they have a high expectations for interns to do soooooo well and pretty much perfect outputs, just like people who has been 5 years experience doing the works. This is so called unfairness.

Usually, I am not the person to snap words directly, I would always keep in my anger (for months) and just when someone flicks the switch, WHAMMM!! There you go, please and thank you. But I still rarely doing that. Very.

Though occasionally, I proceed to "gossiping" about them with my partner friend, Misha or my housemate members. Letting out your anger and frustration sure does take a lot of energy. The attitudes biar lantak and apa aku kisah are among the killer mode of being rude or in Malay, biadap. When you are frustrated with  someone, whatever "friendship" you have with the person goes down the drain and your mouth moves freeelllllyyyyyy at 120km/h.

OK, back to the topic, for most of the time, I am not the most fun person to be around. I dislike people who are kuat memerli and mulut macam laser. So so bullsh*t. You know what's the funny thing, as I can't take harsh words as a joke, I am called sensitive, but when I went ahead and do the snapping, oh yeah, suddenly I am dubbed the rudest person alive. Though, lately, I have tried resorting to the "chi" technique of keeping my serenity with me, always.


Bersabar untuk lagi seminggu, amin.

Selamat Hari Malaysia / Merdeka.


Assalamualaikum. Sorry sangat sebab dah lama tak update blog, macam biasa lah, reason dia satu je. BUSY! Tapi sebelum tu aku nak ucapkan Selamat Hari Malaysia kepada semua blogger dan silent reader diseluruh negara. Apa plan korang buat sempena cuti hari jumaat ni? 3 hari cuti beb! memang terkangkang aku kat rumah nih *statement tak senonoh*

Kalau ada diantara korang yang suke berjalan / semangat patriotik /  suka tengok perarakan / suka lihat benda warne warni, mesti korang tak terlepas dari tengok segala persembahan dekat dataran merdeka. Hehe. Untung laa korang yang ade kenderaan ni.

Zaman kecik-kecik dulu sambut merdeka lebih happening berbanding bila dah besar. Tiap-tiap tahun mesti tak terlepas tengok bunga api. Mesti mama dengan abah bawak pergi klcc, berkelah lebih kurang pukul 9 malam  sampai la tepat pukul12 am semata-mata nak tengok bunga api. Bila dah besar ni, tengok bunga api melalui tingkap rumah je.

 Happy birthday Malaysia! With love


Say no to ULSER, ouch!

OUCHHHH! Ulser aku datang balik! kenapa? why? wae?nande? Dalam tempoh 2 bulan ni je, dah 2 kali aku terkena penyakit ulser ni. Kalau duk kira2 bilangan ulser tempoh 2 bulan ni, dah 6 ulser dah tumbuh. Besar2 pulak tuh. Haish. Bayangkan makanan sedap2 terhidang depan mata pun boleh hilang selera. Ulser ni sensitif kalau terkena makanan berminyak. Rasa dia fuuuu macam nak terjojol bijik mata! Sakit tahap cipan. Dalam erti kata lain sakit gila!


Dulu aku jarang2 kena ulser ni, start tahun lepas asyik kerap kena. Dan satu sebab je kenapa ulser aku datang. Gosok gigi sampai terluka gusi. hoho. Mulut aku ni sensitif sikit kalau terluka. 2-3 hari lepas tu mesti keluar ulser. Dah la aku tak kuat minum air. Memang sah2.

Kalau korang ada pengalaman ulser lepas tu tak baik2 selepas 3 minggu, disarankan korang jumpa doktor cepat2. Sebab ulser ni boleh ade risiko kanser mulut. Omona. Aku pun baru tau. Dan sememangnya aku tak ambil mudah pasal perkara ni.

Apa petua nak cepat baik dari penyakit ulser ni? Hoho. Aku bukan doktor pakar mahupun doktor haiwan. Cuma aku boleh nasihatkan kalau nak cepat2 baik korang boleh:
  • Minum air suam. (yang ni tak akan cepatkan kesembuhan, aku rasa lah, tapi wajib minum) 
  • Kumur2 dengan air garam. (jangan ditelan pulak)
  • Letak ubat gigi dekat kawasan ulser. (sakit memula, tapi lama2 rasa kebas)
  • Letak Bonjela (ubat ulser yang sememangnya efektif, kena letak setiap 3 jam sekali)
  • Jumpa doktor (kalau tak elok lebih 3 minggu) 


 P/s: sedang memulihkan diri dari ulser. wish me luck! kekeke.

Lega macam lepaskan sendawa.

Assalamualaikum.

Lamanya tak update blog ni! Busy weh, minggu raya tak payah cakap la, open house sana sini. Minggu ni pulak busy dengan presentation. Aku ade seminggu je, sebenarnya tak sampai seminggu untuk siapkan report akhir dan slide untuk presentation bagi sepanjang latihan praktikal aku. Hari Rabu tarikh keramat untuk aku buat perbentangan.



Hari rabu pagi tu masih lagi tak siap report. Betapa kelam kabutnya aku pergi print report dalam 34 muka surat. Dah pukul 8 lebih pun masih lagi belum bertolak, padahal perbentangan mula pukul 9. Nasib baik la naik kereta masa tu. Kawan aku datang lebih kurang pukul 8.15 pagi. Tinggal 45 minit lagi sebelum presentation mula! Tak sempat! Presentation aku berlangsung dekat Fakulti Sains Komputer dan Matematik UiTM Shah Alam. Last sekali, aku sampai tepat pukul 9.30 pagi. Dan dapat la no.giliran terakhir untuk present.Lebih kurang dalam pukul 11.45 pagi presentation aku selesai.

Secara rasminya aku dah habis sesi latihan praktikal! Lega macam lepaskan sedawa! Dah tak perlu buat daily report apa segala. Fuuuuu.

Tapi,

Masih ade project yang belum disiapkan lagi. Atas dasar tanggungjawab, dengan rasa berat hati aku teruskan kerja dekat tempat paktikal aku sampai hujung bulan. Maksudnya aku masih berbaki tiga minggu sebelum aku betul2 boleh pergi dari tempat tu. Walhal, kawan2 aku yang lain dah bergoyang kaki atas kerusi malas dekat rumah. Fuu. Sabor je la.

P/s: Doakan aku supaya projek aku ni selesai sampai due date 15hb ni tanpa sebarang masalah, nak lepas lagi satu beban yang dah lama sangkut dalam diri ni !

Persiapan Raya :)

ketupat baru dianyam 


ketupat selepas dimasukkan beras dan diikat

ketupat sedang direbus

nasi impit pun mesti nak ada :)

rendang ayam, yummeh !

rendang paru dan limpa, sedaap :)

lepas siap semuanya, yeah :)

Sebenarnya ada lagi, gambar kuah kacang tak diupload pulak, 1st day raya pagi-pagi nenek aku akan masak rendang daging pulak, rendang daging nenek aku memang terbaik dari ladang, tehehe. Haa, amacam dengan persiapan raya korang?


Hari Jumaat orang cuti balik kampung, aku kerja!

Assalamualaikum, mulakan hari anda dengan senyuman memandangkan hari ini hari jumaat. Apa kena mengena?Sebab semua orang balik kampung!

Tapi hari jumaat hari ini, aku tak memulakan hari aku dengan senyuman. Sebabnya cuti aku tak diluluskan pada hari jumaat, jadi tak dapat balik rumah awal2. Kalau dapat cuti pun, kerja melambak, hati pulak tak senang. Mana satu lebih elok?


Kalau cakap pasal balik kampung, ramai yang akan pilih sama ada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad untuk pulang beraya tahun ni kan?


Sebab apa, pagi tadi masa tengah dalam perjalanan ke office, aku tengok dekat LRT, masyaAllah. Ramainya orang! Berebut-rebut nak naik train, termasuk aku sekali terpaksa bertindak ganas campur dengan muka kesian mintak simpati bagi laluan. Haha. Biasanya masa tengah peek hour, orang yang bekerja sahaja yang penuh dekat LRT. Tapi hari ini, orang berkerja + orang nak balik kampung, bayangkan la betapa sadinnya LRT tu. Kalau aku tak berebut tadi, alamatnya lewat la aku datang kerja.

So guys,


Be safe on road and maaf zahir dan batin! :)

Teringin nak buat Kad Raya sendiri!

Kurang sepuluh hari lagi nak raya, mesti ada yang tengah berkira hari nak balik kampung halaman masing-masing. Apa boleh aku katakan dekat sini, untung la sesiapa yang boleh sambut raya dengan gembiranya tahun ni. Nasib aku tak sebaik korang. Sob2!

Tahun aku tak rasa aku boleh sambut raya dengan hati yang gembira sebab kerja yang melambak-lambak minggu selepas cuti raya. Kerja ni sekaligus membantutkan aku untuk membuat persiapan raya. Buat pengetahuan korang, tahun ni aku tak ada baju raya. Sob3!

Dalam banyak-banyak bende yang aku nak buat masa time raya ialah, membuat kad raya sendiri. Semenjak dua menjak zaman facebook naik, orang dah tak rajin hantar kad raya, posmen pula amik cuti awal, warga dunia lebih gemar hantar kad raya versi digital atau nama lain e-kad raya, then tag seramai mungkin kawan-kawan dalam tu. Tapi aku nak hantar guna e-kad raya versi sendiri! Yang tertempek gambar family aku sekali, nampak sweet kan? Hehe. Mengada-ngada pulak aku ni!

Lagi pulak, aku tengok kawan-kawan blogger ade yang buat kad raya, siap print out lagi untuk hantar dekat sahabat handai. Kreatifnya korang! Aku dekat sini melopong dengan kerja. Stress weh stress! Antara perkara yang menghalang misi aku buat kad raya sendiri sebab tiadanya masa lapang.

Jenis kad raya orang biasa buat


Jenis kad raya orang buat sendiri