Ada sesiapa yang zaman kanak-kanak awal 90-an?

Topik nostalgia bukan? Haha. Aku anak kelahiran awal 90-an (1990) ingin berkongsi apa yang popular pada zaman saya kecik-kecik dulu. Sesiapa pun mesti rindu zaman kanak-kanak mereka, zaman bila korang tak perlu nak fikir masalah. Yang semakin besar semakin masalah membelungi otak. Grrr.


Tadaa. Pada zaman sekolah rendah aku dulu, cerita Power Rangers ni umpama cerita naruto zaman sekarang. Eh tak, lagi popular dari naruto. Kekeke. Dalam banyak2 tu, aku cop yang warna pink. Gedik! Lol.



Aku paling ingat bas mini ni, wujud dekat Kuala Lumpur. Selagi boleh muat, diorang sumbat je. Lepas tu bawak macam bawak atas litar Sepang. Laju nak mampos! Last time aku nampak bas ni dekat Shah Alam 5-6 tahun lalu kot kalau tak silap. Hehe.


Masa sekolah rendah dulu, gam ni kalau takde, tak sah! Sebab masa kecik-kecik la banyak main gam. Banyak lekat2 gambar dalam buku. Harga 20 sen je. Patut la gam ni tak berapa gajah sangat!


Tamagotchi ni sangat jadi kesukaan aku dulu. Masa aku darjah satu dalam kelas mengaji, tetiba terjeles dengan sorang budak ni ade game digital ni. Masa tu la mintak kat mama aku belikan satu. Ianya best sebabnya korang boleh jaga 'binatang peliharaan' dari sebelum menetas sampai la ke besar. Cute sangat! Last-last rosak masuk air. Menangis aku!


Komik paling feveret dialam semestaaa ialah komik Anak-anak Sidek. Haha. Zaman sekolah rendah dulu, lama dahh. Sekarang kalau baca pun tak bosan lagi kot. Dulu ada la jugak koleksi buku ni, sekarang dah kena buang. Cett.


SNAAAAAAP! kalau korang pernah main benda alah ni, *sep* sikit! Rinduuu la nak main ni. Dulu masa dekat koop ade jual kad ni. 50 sen je. Sekarang dah tak pernah nampak dah. Huhu.


Kalau bab makanan pulak, aku rasa ni paling lagend, gula-gula T-Drop. Bedak dia yang aku suka. Kekeke.


Korang ingat tak? Main nama negeri, mula2 pilih satu huruf lepas tu cari nama negeri, buah, binatang dan benda. Ni pun aku suka main dengan member-member sekolah dulu. Kekeke.

Kalau korang ada idea pasal permainan zaman awal 90-an dulu bagitau la ye :)

7 comments:

Cik Gee said...

main yg last sekali tu best giler laaaa.... kalau nak main skang mesti dah tak best sbb masing2 dah besorrr... byak ideaaaa... hehe.. <3

e k i n said...

@Cik Gee Hehehhe. Tahu takpe, dah pernah nampak org main dahh. Sedihh!

sis92 said...

haha setuju semuaaaa



tambah lagi
cite sailormoon n dragon ball :P

e k i n said...

@sis92 Hahah, okay. thanks sis!

yen(toka ziizokukuto) said...

huhuhuh,,,sume yg tersenarai kat atas,,,tu memang nostalgia zaman kanak kanak saya lah,,huhuh,,gula gula bedak,,sedap owh

nurAIN said...

yg main nme negeri aku igt.. yg kite main same2 dlu.. hahaha.. rindu.. muahahahah..

cik Bubble.. said...

kekekeke~~siyes rindu zaman dolu2..
hehe, tp yg men nme ngeri 2, still lg kot ngan mmbe if bosan dlm kuliah.. he~~ ^^v