Teringin nak buat Kad Raya sendiri!

Kurang sepuluh hari lagi nak raya, mesti ada yang tengah berkira hari nak balik kampung halaman masing-masing. Apa boleh aku katakan dekat sini, untung la sesiapa yang boleh sambut raya dengan gembiranya tahun ni. Nasib aku tak sebaik korang. Sob2!

Tahun aku tak rasa aku boleh sambut raya dengan hati yang gembira sebab kerja yang melambak-lambak minggu selepas cuti raya. Kerja ni sekaligus membantutkan aku untuk membuat persiapan raya. Buat pengetahuan korang, tahun ni aku tak ada baju raya. Sob3!

Dalam banyak-banyak bende yang aku nak buat masa time raya ialah, membuat kad raya sendiri. Semenjak dua menjak zaman facebook naik, orang dah tak rajin hantar kad raya, posmen pula amik cuti awal, warga dunia lebih gemar hantar kad raya versi digital atau nama lain e-kad raya, then tag seramai mungkin kawan-kawan dalam tu. Tapi aku nak hantar guna e-kad raya versi sendiri! Yang tertempek gambar family aku sekali, nampak sweet kan? Hehe. Mengada-ngada pulak aku ni!

Lagi pulak, aku tengok kawan-kawan blogger ade yang buat kad raya, siap print out lagi untuk hantar dekat sahabat handai. Kreatifnya korang! Aku dekat sini melopong dengan kerja. Stress weh stress! Antara perkara yang menghalang misi aku buat kad raya sendiri sebab tiadanya masa lapang.

Jenis kad raya orang biasa buat


Jenis kad raya orang buat sendiri

14 comments:

Fatin Aliyya said...

taw xper, ak lbh prefer kad raya kot pslnya valuenya lbh tinggi lg, kenangan kot.kan kan?

ZWAN SABRI said...

xpa, baju raya boleh recycle yang tahun lepas punyaa.. ;)
erm, nanti da buat kad raya, pos la kat umah zwan taw.. :p


MySuaraBlog: Larangan Untuk Pengantin Perempuan

e k i n said...

@Fatin Aliyya Haha, kalau pikir2kan betul gak tuh. Boleh buat kenangan sampai biler2. :DD

e k i n said...

@ZWAN SABRI Zwan! tak buat la kad raya tahun ni. Sob3! D: Memang akan recycle baju kurung tahun lepas. Balun je apa yang ada. Haha.

Useriez said...

selamat hari raya~

fa-in said...

dah 3 thn tak pegang kad raya akhirnya dpt pegang jugak tahun ni :)

e k i n said...

@fa-in ouh yeke, lama gak 3 tahun tuh.

e k i n said...

@Useriez Selamat hari raya juga :DD

alif haris said...

hehe blaja photoshop ..mesti semua boleh jadi :)

ZaNa aDieyZa said...

tahun ni dapat 2 kad raya dari blogger.. seronok sgt.. mmg best bila dah lama x dapat kad tetiba dapat kad raya..

Selamat Hari Raya.. mohon ampun & maaf sekiranya ada tersalah kata & terkasar bahasa. semoga lebaran kali ni lebih bermakan untuk kita semua.. take care.. Salam lebaran penuh ikhlas dari Zana Adieyza Sekeluarga..

Far8 budak baik said...

kesian kau..
melopong lopong ngan kerja..
wat lahh time free nnti..
=)

e k i n said...

@ZaNa aDieyZa Terima kasih akak :) Selamat hari raya maaf zahir batin buat akak dan keluarge :D

e k i n said...

@Far8 budak baik Masa pun takde, macam mana daa. :p

Anonymous said...

selamat hari raye wak.. nt klow boley sy dtg 1st raya ni ekh.. hi