Jum kibarkan jalur gemilang dekat blog!


Okay! memandangkan tarikh 31 Ogos bakal menyusul tak lama lagi. Apa kata kita sama-sama kibarkan jalur gemilang dekat blog masing2. Banyak juga premis, bangunan-bangunan kedai yang dah mula pasang bendera, yang tepek kat kereta pun ada jugak! bendera yang fresh-fresh gitu. Fresh tu bermaksud bendera yang masih bau kedai. Jangan la pergi letak bendera yang dah lusuh kaler dia. Sadis la kalau orang tengok macam tu.


Penting SANGAT ke?


Ramai yang mengeluh bagi alasan taknak letak sebab buat semak mata je, apa salahnya sekali sekala kita tunjukkan semangat patriotik dalam diri kita terhadap negara Malaysia tercinta. 31 Ogos hanya sekali dalam setahun. Bukannya susah sangat pun, lagi-lagi tepek je gambar negara malaysia  kat blog masing-masing. Free je, tak perlu bayar pun! Mister google boleh carikkan bendera malaysia untuk korang.

Okla, hak masing-masing la. Yang penting, bertoleransi. Hehe. Tetibe je.

Aku dah letak, peh bangga tak ingat punya! Korang bila lagi?

2 comments:

zulhilmi.tempoyak said...

hmmmm...
tgok la nnt...xsempat lg...hihi

e k i n said...

zulhilmi, tau dah. ramai yang taknak pun. hehe.