#1 Ramadhan entri: Pengalaman pertama.


Errr, pengalaman pertama? Tak pernah puasa ke sebelum ni? Baru nak belajar puasa? Dah besar panjang pun tak reti lagi puasa? Astaghfirullah-al'azim. Tak baik buat andaian yang bukan-bukan. Bulan puasa ni wahai hamba-hamba Allah sekalian. *emo terlebih*


Entri ni mengenai pengalaman pertama yang berlaku dekat aku sepanjang bulan puasa tahun ni.


Apa yang syiok sangat puasa tahun ni? aha, tak ada benda yang syok terlebih pun. Sejak berpindah rumah sewa baru pada bulan May lepas, dapat juga aku menikmati pengalaman pertama berbuka dan bersahur dengan budak rumah sewa baru. Antara kawan aku tu, cik Misha aka cik Ice, follow la dia ya. Dia baru berjinak dalam dunia blogger ni. *iklan sebentar*


Tahun ni jugak pengalaman pertama aku berpuasa ditempat kerja (aku budak praktikal). Selalu berpuasa di tempat belajar. Kalau dalam kelas dulu, alamatnya mengantuk la sebab tak cukup tidur atau sahur terlebih-lebih. Lecturer mengajar pun semut-semut dalam kelas tu je yang faham time tuh. *pun boleh* Kalau dekat office pulak, waktu office hour dipendekkan, wuhuuu. Masa berjalan amat pantas sebab hampir setiap masa mengadap lappy. Tapi mengantuk kemain.


Pengalaman pertama tak berbuka dengan family pada minggu pertama puasa. Selalunya, minggu pertama puasa mesti aku akan balik rumah bersahur dan berbuka dengan family dekat Rembau, Negeri Sembilan. Rindu sangat kat mereka-mereka ni. Ma, bah dan adik-adik. Busy benor la semester ni! Huhu.


Puasa ni, pertama kali jugak tak akan berbuka dengan incik Al-Hafiz, err siapa tu? Siapa lagi kalau bukan incik kamera man saya kat tepi sidebar ni. Haha. Walaupun sehari? Ye, walaupun sehari je. Selama ber'kepit', ehh silap, ber'ehem' selama 3 tahun lebih ni. Mesti ada sekurang2nya sekali dua kami berbuka puasa sama-sama. Tapi nampaknya rezeki kami tak ada tahun ni. Sorang dekat utara, sorang dekat selat melaka. *tsssk*


P/s: Header kuh sudah berwajah baru. Thehehe.


12 comments:

Cik Ice said...

#LIKE# ur header..(^_-)

merahitujambu said...

cantik header...pengalaman tidak dpt di lupakan kan..

e k i n . said...

Cik Ice, like your header too !!

merahitujambu, thanksss :DD

Azuan said...

aku pun first time puasa di pejabat hahahaa

apek poyo said...

yang ponting kito nak poso..huhu..ikhlas

Hans said...

hehehe
aku seronok sebab dah lama xdapat berbuka hari pertama di rumah
sebab 3-4 tahun nih dkt asrama dgn rumah sewa je
:-)

e k i n said...

Azuan, geng!

Apek, tau takpo, janji hati ikhlas :)

Hans, boleh paham maknanya tuh, hahaha :)

syrupmasin said...

fuyoo dah ade pglaman buke puase bile jd pekerje :)

e k i n said...

syrupmasin: LOL, apa yang fuyooo sangat?! :p

Saiazuan said...

la orng rembau~

Azham Vosovic said...

alhamdulillah tahun ni sy dpt berpuasa di rumah...

Azham Vosovic said...

alhamdulillah tahun ni sy dpt berpuasa di rumah...