Beberapa hari lalu aku ada buat entri pasal 'masa kecik-kecik' terus aku teringat seorang hamba Allah satu sekolah rendah dengan aku. Dia satu2nya budak yang sama kelas dengan aku 4 tahun berturut-turut. Tapi berpindah sekolah kat johor masa darjah 4. Lepas tuh kitorang lost contact sejak tahun 2000.
Korang pun dah tau kan fungsi facebook. Jadi hari tu aku tergerak hati untuk search dia dalam fb. Nasib baik la nama dia unik, kalau tak jenuh la nak mencari dari satu2 page. Akhirnya dapat jugak jumpa, setelah 11 tahun tak ketemu. Tapi rasa was2 lagi, sebab rupa dia dah lain. Dah tak secomel dulu. Haha. Tapi ku teruskan jugak tekan punat friend request.
Esoknya, dia tanya aku. Kita kenal ke? Yelah. Masing masing dah tak sama rupa, aku yang rasa was2 pun betambah was2. Awak sekolah SK Ampang kan dulu? Terus dia approve. Fuhh, lega tak silap orang, kalau tak buat malu je.
RR: Yup, awak ingat saya lagi eh?hehe.
Aku: Awak tak ingat eh?hehe. nasib baik tk silap org, haha.
RR: Haha..awk ingat sy? sy ingat awk lah..hehe. dulu skolah rendah awk x pakai tudung kan?
Aku: A'ah dulu2 mana pakai tudung, muka dah lain gle skg. Study mana?
RR: Haha..thank you la awk ingat sy..sy ingat awk sbb awk muke awk unik n awk pernah kasi duit kat saya. saya mintak pinjam seringgit, awk bg n kata amik trus. haha..ingat sampai skrang tau..haha. a'a lain da kot, ramai org kate mcm tu.. awk pun lain..da besar makin *****. hehe. Sekarang study kat Uni Malaya amik mechanical engineering.
Aku macam terharu juga dia ingat aku lebih dari aku ingat dia. Dia kata dia study dekat Universiti Malaya, laaa. Dekat je dia rupanya, dia ex-PASUM sama batch dengan bf aku. Aku pun selalu jugak naik turun UM dulu, cuma tak pernah terserempak je. Dan dia berkawan baik dengan kawan aku kat sekolah menengah. Dunia ni kecil je sebenarnya. Apa2 pun, aku gembira dapat bertemu balik dengan kawan yang dari darjah 1. Korang ada?
No comments:
Post a Comment