Bazaar Ramadan terbaik, terbesar, terluas di KL

Harini nak share la sikit pasal keistimewaan Bazaar Ramadhan yang buat pertama kali aku singgah dan rasa terpesona. Haha.


Pertama kali singgah Bazaar Ramadan Desa Pandan dalam hati terus rasa kagum. Mana tak nya, ramai orang bersesak-sesak. Bilangan gerai tak payah cakap la, aku sendiri pun tak habis tawaf (sebab nak cepat-cepat balik rumah)*pffffft*. Hehe. Aku bernasib baik sebabnya office aku betul2 depan bazaar tu. Memang aku dengan kawan aku berpakat nak singgah sekejap.



Apa yang makanan istimewa dekat situ?


Kalau korang nak tau trademark bazaar ni ialah gerai Popia Pak Ya "Power". Gerai yang jual popia basah ditambah dengan sos. Harga satu popia RM1. Agak mahal tetapi berbaloi. Kalau nak beli popia ini kena tahan sabar beratur panjang. Aku sendiri tak pernah rasa sebabnya tak tahan nak beratur! Mana nak jumpa gerai popia ini? Kalau korang datang dari arah depan khemah Pasar Ramadhan ini, gerainya adalah yang pertama. Kalau korang tengok yg ramai beratur panjang tu, hmmm itulah gerainya.


 

 
Haa, korang nampak tak beratur panjang tu. 

P/s: Sebenarnya banyak lagi makanan yang sedap2 dekat situ, kalau aku cerita satu2 tak tentu habis sampai esok. Tapi kalau tak cuba singgah sangat rugi sebab macam-macam ada. Kalau korang ada tempat lain yang lebih besar dari Desa Pandan ni. Bagitau aku ye? sesungguhnya aku bukan manusia GPS. Tapi sudah tentu la dekat kawasan kampung2 bazaar diorang tetap jugak yang terbaik. Hehe. Rindu nak balik kampunngg! T.T 


8 comments:

ILA HonEyBuNNy said...

hehe...

tertukar lak kita..ila dekat kg skrg...rindunya nak g bazar kat kl..tahun ne xdpt berpuasa d kl.hehe

e k i n said...

Ila, kita pulak rindu nak pergi bazaar kt kampung halaman T.T

RepublicAku said...

peh...besar tu ....

ezzaty harith said...

heee..mesti rambang mata nak pilih makanan :)

syrupmasin said...

perghh panajng gile..kesian makcik tuh kene tunggu..asal ta tolong beli kan untuk makcik tuh?? :D

Ema Razali said...

waa bestnyeee! dah lama tak makan popia <3

e k i n said...

syrupmasin, ahh diri sendiri pun tak pernah pergi beli. Hehehe.


ezzaty, memang rambang mata!

sifu im said...

ak nk g cari kedai pak ya popia la lps ni..haha