Jenis-jenis orang tak bersahur.

Sahur sebelum kamu disahurkan. Err apa bende ni? mengarut. Abaikan! SAHUR, SESIAPA YANG TERLEPAS SAHUR BERSAHUR. Haaa, baru betul.


Ada diantara korang mesti yang ada yang terlepas sahur atas sebab-sebab tertentukan? lagi-lagi golongan2 muda, akibat kemalasan yang menggunung. Lepas tu bagi alasan, tidak bangun sahur pun tidak menjejaskan puasa mereka. Dem! macam mana tuh? lapar takpa lagi, tapi boleh tahan haus ke? *tak boleh tak boleh*


Ada kes yang tak sahur sebab malas masak, kalau agak2 malas nak masak tuh. Beli la makanan dekat luar siap-siap untuk sahur. Ni tak, beli banyak2 makan sekali gus (waktu buka). Alamatnya kelaparan la esok kalau tidur dalam keadaan kekenyangan macam tuh. Seriously.


Lepas tuh, budak-budak yang baru nak belajar puasa, lagi la liat nak bangun. Lepas tuh bagi alasan macam ni, "Adik tak shahur pun tadi, boleh tak adik nak makan KFC?" Peh. Nak demand makanan mahal-mahal aje.


Ada yang tak sahur sebab stay late at night. Haa, ni mesti kes tengok bola, melepak, berborak, berchatting, berblogging, berfacebooking dan macam-macam lagi la sampai lewat malam. Nak2 ada yang sampai pukul 4-5 pagi pun tak tidur lagi. Ni memang dah kes sengaja tak nak bangun sahur. Tiada alasan bagimu.


Bagi pasangan yang dah berkahwin khususnya, yang tak terbangun sahur kerana keletihan, akibat "kerja tambahan" di malam Ramadan, terus tertidur sampai ke pagi. Haa, ni tak tahu la nak comment apa, dah la tak sahur, mandi wajib pun tak sempat. *bukan cakap berdasarkan pengalaman hehe*

Konon2 je aku harini berceramah pasal orang yang tak sahur. Idea entri ni timbul sebab aku sendiri pun tak bangun sahur pagi tadi! akibat keTERlanjuran tidur. Waaaaa! Minum air pun tak sempat. Kes aku ni betul-betul tak sengaja. Semoga aku dapat menghadapi rintanganMU untuk hari ni ya Allah.


9 comments:

Afiqa Dayana said...

puasa thn ni blm lagi terlepas sahur. hehe

MN said...

nasib saya sahur tadi .
tu pun gagah paksa kan diri .
muehuehuee (^___^")

btw, selamat berbukaa !

iyka syafika said...

tahu xpe...mls gile nk shur klau dup dengan kwn.lain la klau dengan family..mmg tension la...tp klau xshur..lpr lak perut nie nnty..

Unknown said...

rase nye diri ini point yang budak-budak baru nk belajar puase kot :D

Hans Hanis said...

aku alhamdulillah ada dekat rumah
jadi hari2 bangun sahur
:-)

arituarini said...

aku pun liat jugak ni..kih kih kih

gnesop.com said...

setakat hari ini ok lagi sahur.. masih bangun.. huhu
biasa malam2 akhir yg kantoi..

e k i n said...

Afiqa: Bestnya :)) boleh la kalau ada org tolong kejotkan. Haha.


MN: Memang kena gagah pun. Huhu.


Iyka: Tau takpe, kalau duk dengan member hampeh la sorg pun liat nak bangun.

e k i n said...
This comment has been removed by the author.