SBS Gayo Daejun 2012

Tapi sebelum tu, "What is the difference between SBS, KBS and MBC Gayo Daejun?". Sebenarnya tak ada beza pun dari segi performances, cuma artis undangan setiap TV Broadcast (SBS/KBS/MBC) berbeza-beza. Seperti yang sedia maklum, ramai yang dah kenal kebanyakkan stesen tv yang ada di Korea termasuk aku (pengaruh drama korea, haha).

"SBS, KBS and MBC are three separate broadcast companies. Towards the end of the year, we would have KBS Gayo Daejun, SBS Gayo Daejun, and MBC Gayo Daejun. They each air their own shows with idols coming to perform and take part in the event."
                                                                                                                     Source: Yahoo Answer.

Baru-baru ni SBS telah menganjurkan muzik festival Gayo Daejun 2012 yang dihoskan oleh IU, Jung Kyuwoon, dan Suzy sempena hujung tahun 2012. Ianya antara acara yang dinanti-nantikan oleh peminat K-pop seluruh dunia saban tahun. Cool beb. Antara performances pada SBS Gayo Daejun yang lepas ialah:

SHINee – “Sherlock”
Ailee – “Heaven”
B1A4 – “Baby Good Night”
Sung Si Kyung and CL – “Because I Love You”
Secret – “Talk That”
SISTAR – “Alone”
CN Blue + FT ISLAND Special Stage
SeeU
GLAM – “I Like That”
T-ara – “Sexy Love”
Teen Top -  “Crazy” + “To You”
Mystic White
EXO – “MAMA”
Park Jimin, Baek Ahyeaon, Lee Hi
f(x) – “Electric Shock”
Gain – “Bloom”
2NE1 – “I Love You”
Dramatic Blue
Dynamic Duo, Epik High, DJ Takutz, and Simon D – “Cypher”
miss A – “Touch”
MBLAQ – “Run”
A Pink – “Hush”
G.NA – “2HOT”
Infinite “The Chaser”
SM The Performance: Yunho, Donghae, Eunhyuk, Minho, Taemin, Kai, and Lay
4Minute -”Volume Up”
FT Island – “I Wish”
After School – “Flashback”
Boyfriend – “Janus”
Dynamic Black
CN Blue – “Hey You”
Hara and Kim Wansun, SHINee’s Taemin and Kim Wonjoon
B.A.P – “Warrior”
Son Dam Bi – “Dripping Tears”
BEAST – “Beautiful Night”
Kara – “Pandora”
Big Bang – “One Of A Kind” + “Crayon” + “Fantastic Baby”
Dazzling Red
Super Junior -  “Sexy Free & Single”
DBSK – “Catch Me”

Untuk yang ingin tengok performances boleh tengok streaming di website SoompiSBS Gayo Daejon 2012 streaming
Untuk download boleh terus ke website ni : SBS Gayo Daejun 2012 download

Final Year Project (FYP) bakal menyusul. Sigh.

F.Y.P. bersamaan dengan Final Year Project, ialah igauan mimpi ngeri bagi setiap pelajar universiti pada semester akhir, lagi seram dari cerita hantu habaq hang! Walaupun aku masih lagi di semester 4, selang 1 semester lagi untuk aku mulakan FYP, tapi debaran dah dapat aku rasakan sekarang. Aku dah kena mula fikir tajuk, framework serta algorithm untuk jadikannya satu system yang lengkap 100 peratus supaya bila present FYP nanti, tak kena hentam teruk. By the time kena soal jawab tu, kena prepare mentally, kalau tak, boleh jadi gila. Tak ada la gila mana..

P/s: Mission untuk mencari lecturer as supervisor dah tercapai walaupun tak declared seratus peratus. Tajuk pula dah ada, tapi macam tak berapa nak pasti, sebab tak 'strong' enough. Susahnyaaa.

Simbol Netbeans dalam bentuk animasi. Hahaha. I love you lah Netbeans! *sarcastic


Lelaki berjanggut nampak manis.

Assalamualaikum. Memandangkan hari ni mood terhuyung hayang entah ke mana, lebih baik tulis blog dari memikirkan perasaan yang gundah gelana. Topik yang aku nak bincangkan kali ini ialah mengenai Lelaki Berjanggut. Ala, lelaki berjanggut ala-ala Ustaz Azhar Idrus tu. Hehehe.

Bagi aku, lelaki melayu yang berjanggut ni nampak manis dan matang. Ni bukan pendapat aku sorang, ramai lagi perempuan diluar sana yang sama pendapat dengan aku. Bak kata orang, janggut tu merupakan asset 'kecantikan' pada seorang lelaki yang mampu menjadikan seorang lelaki itu kelihatan lebih 'tulen'. Tak semua lelaki nampak manis bila berjanggut sekiranya lelaki berjanggut itu tidak menjaga kebersihan diri. Ini bermaksud lelaki berjanggut jika tidak dijaga dengan betul akan nampak selekeh dan tidak terurus, jadi tiada istilah manis bagi lelaki tidak pandai menguruskan kebersihan sendiri.

Contoh lelaki melayu yang menyimpan janggut ialah Farid Kamil. Sweet kan?


Namun ianya bukanlah sesuatu yang penting dan perlu di ambil berat malahan seorang lelaki yang berjanggut itu tetap lebih baik kelihatan daripada lelaki yang tidak berjanggut. Lelaki yang simpan janggut ni bukan sahaja menampakkan diri mereka 'macho', malah akan mendapat keredhaan Allah dengan niat semata-mata ingin mengamalkan sebahagian daripada sunnah yang ditinggalkan Rasulullah SAW. Antara kata-kata ataupun hadith Baginda Rasulullah SAW yang berkaitan janggut adalah seperti:

“Tipiskanlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari)
“Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
“Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan memanjangkan (memelihara) misai (kumis) mereka.” (Hadith Riwayat Muslim)

Sumber: http://myibrah.com/

Punca study week anda terganggu.

Assalamualaikum. Dah lama tak update blog. Al-maklumlah life sebagai pelajar lagi-lagi sebagai pelajar degree memang pack. Tapi lepas habis je minggu submission, nah! satu cerita korea aku habiskan dalam masa 3 hari. Mungkin ada sesetengah orang tak anggap satu pencapaian luar biasa, tapi bagi aku, ianya satu pencapaian luar biasa, haha.

Study week, please be nice. Kenapa aku cakap macam tu? Sebabnya, minggu study week ni la aku banyak habiskan masa depan laptop, bukan depan notes. Bukan sem ni je, sem2 lepas pun sama, tapi aku rasa sem lepas aku lebih rajin dari sem ni. Wahai semangatku, tolong la datang..

Salah satu kelemahan aku ialah bila berhadapan dengan internet, ada je bende yang aku tekan. Dan bila dah jadi macam tu, aku leka. That's right. Semua orang ada masalah yang sama kan? Bagi aku yang gila tengok cerita korea ni, bertambah-tambah leka aku dibuatnya. Tak kira la cerita korea ke jepun ke english ke, semua orang akan mengalami masalah yang sama. Kecuali orang betul-betul pandai menguruskan masa, orang ni saya sangat 'jelly' yang biasanya akan jumpa pada orang yang pandai-pandai.


Ada orang kata, senang je nak menguruskan masa, kita cume perlu tanamkan pendirian supaya bila kita tengah study, make sure bende lain tak interrupt kita tengah study. Contohnya, laptop letak jauh-jauh, tolak tawaran dengan elok sekira kawan ajak keluar bersuka ria, silentkan handphone, dan sebagainya. Terpulang pada diri masing-masing. Rasanya pada yang susah nak concentrate bila ada gangguan bunyi muzik dari bilik sebelah, tegur mereka sekiranya perlu, selagi mereka menganggu masa study anda. Tips semua ni pun bukan datang daripada aku, daripada orang yang pernah mengalaminya. Aku cuma share dekat blog. Itu je kot. Happy study everyone :)