Bagi aku, lelaki melayu yang berjanggut ni nampak manis dan matang. Ni bukan pendapat aku sorang, ramai lagi perempuan diluar sana yang sama pendapat dengan aku. Bak kata orang, janggut tu merupakan asset 'kecantikan' pada seorang lelaki yang mampu menjadikan seorang lelaki itu kelihatan lebih 'tulen'. Tak semua lelaki nampak manis bila berjanggut sekiranya lelaki berjanggut itu tidak menjaga kebersihan diri. Ini bermaksud lelaki berjanggut jika tidak dijaga dengan betul akan nampak selekeh dan tidak terurus, jadi tiada istilah manis bagi lelaki tidak pandai menguruskan kebersihan sendiri.
Contoh lelaki melayu yang menyimpan janggut ialah Farid Kamil. Sweet kan?
Namun ianya bukanlah sesuatu yang penting dan perlu di ambil berat malahan seorang lelaki yang berjanggut itu tetap lebih baik kelihatan daripada lelaki yang tidak berjanggut. Lelaki yang simpan janggut ni bukan sahaja menampakkan diri mereka 'macho', malah akan mendapat keredhaan Allah dengan niat semata-mata ingin mengamalkan sebahagian daripada sunnah yang ditinggalkan Rasulullah SAW. Antara kata-kata ataupun hadith Baginda Rasulullah SAW yang berkaitan janggut adalah seperti:
“Tipiskanlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari)
“Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
“Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan memanjangkan (memelihara) misai (kumis) mereka.” (Hadith Riwayat Muslim)
Sumber: http://myibrah.com/
4 comments:
hi ! jom singgah blog fii plak ? http://cheritadarimulutfi.blogspot.com/
tengok janggut secoet,nampak cute ja. haha. ;)
bagus kalau ada lelaki yang bela janggut untuk ikot sunnah :)
sunnah Rasulullah SAW =)
Post a Comment