Kehidupan Di Negeri Sawah Padi

 Credit to google.

Assalamualaikum. //Pejam celik, dah masuk seminggu dah aku memulakan kehidupan sebagai seorang pelajar Ijazah di negeri sawah padi, Kedah. Pada hari pertama aku memulakan hari aku disini, macam-macam hal perlu aku uruskan, penat tak payah cakaplah. Masuk hari kedua, baru aku dapat menyesuaikan diri sedikit demi sedikit sampailah kehari ini.

Perbezaan kehidupan aku disini banyak yang berubah. Kalau masa diploma dulu, belajar tengah cerok Kuala Lumpur, nak pergi mana-mana pun senang. Tiap hujung minggu mesti ada arah tujuan untuk me'release'kan tension, macam tengok wayang ke, main boling ke, pendek kata hiburan tak terhad di Kuala Lumpur.

Dan sekarang semuanya dah berubah, bukan lagi kehidupan macam di KL. Kiri, kanan, depan, belakang diselubung dengan sawah padi dengan pokok getah. Haha. Lagi satu, untuk orang yang tak ada transport macam aku ni, memang susah la nak bergerak ke mana-mana. 100% mengharapkan teksi, duit tambang bukannya sikit. Haih.

Tapi tak apa, dekat sini boleh saving banyak, makanan semuanya murah-murah belaka. Terkejut juga bila dengar ada makcik jual kueh seringgit untuk 5 kueh. Berbeza dengan harga kueh di KL mahupun di Negeri Sembilan yang rata-rata jual 1 kueh 40sen. Cekik! Nasi lemak, lauk pauk, segala macam air semuanya murah. Heee, bahagia aku duduk sini. Boleh saving duit banyak-banyak, kalau jarang keluar la. Kalau duduk KL, jangan harap la nak saving, duit sentiasa keluar macam air terjun!

6 comments:

ZWAN SABRI said...

Welcome to UiTM Kedah..
Zwan pown study kat UiTM Kedah jugak..
Dulu Diploma kat sana.. lani pown ijazah kat sana jugak.. :)

iyka syafika said...

wah...ok la tu dpt jimatkn duet..seriusly mcm pnh tgk muka..dulu stdy kat mne?=)

e k i n said...

@iyka syafika Muka awak pun familiar jugak. Tapi ingat-ingat lupa hehehe.

Ku Azhar said...

5 kuih = RM1,
1 buku O.R = RM 95

hehehe dh blh beli 475 biji kuih.. makan dalam kelas sampai jd perut panda pun xabis2 :p

e k i n said...

@Ku Azhar Tak habis-habis dengan perut panda. Haha!

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

biasa le... nak hiburan... habis duit.... nak menabung.... tak de plak hiburan... win 1 lose 1.... huhuhuh

selamat pegi sekolah...