K-Drama review: Greatest Love


Sekarang aku tengah follow cerita "Greatest Love". Bagi aku jalan cerita dia menarik sebab ianya mengisahkan perjalanan hidup seorang artis yang hidupnya tak pernah aman dengan kontraversi melanda dirinya. Kesian sangat dekat watak utama heroin yang bernama Gu Ae Jong, selama 10 tahun dia sebagai artis, hidup dia selalu dimalukan dan peminat menyalahkan dia punca utama pembubaran kumpulan National Treasure Girls.

Hidup Gu Ae Jong selalu dilanda musibah sampailah dia bertemu dengan hero Dok Go Jin, kehidupan Dok Go Jin dengan Gu Ae Jong berbeza bagai langit dengan bumi. Dok Go Jin sangat terkenal, hidup dilimpah dengan kemewahan dan mempunyai ramai peminat. Walaupun mereka bertemu dengan perasaan tak suka pada awalnya, lama kelamaan Dok Go Jin jatuh cinta dengan Gu Ae Jong dan berusaha 'mengorat' Gu Ae Jong dengan cara yang sangat kelakar (bagi aku la, haha).

Well, drama korea tak sah kalau tak ada 'love triangle', cerita Greatest Love tak terlepas jugak dari 'love triangle' bila watak hero kedua yang comel bernama Yoon Pil Joo pula jatuh cinta pada Gu Ae Jong. Yoon Pil Jo seorang doktor yang bijak, lemah lembut dan sangat merendah diri. Berbeza dengan watak Dok Go Jin yang ego dan berlagak. Jadi, siapakah lelaki bertuah yang dapat tangkap hati Gu Ae Jong? Korang kena tengok la sendiri ye, kalau aku bagitahu nanti tak surprise. Haha.

P/s: Aku bagi rating cerita ni 3.5 daripada 5 bintang.

Senarai Websites untuk download Drama / Movies / Tv-series

Seperti sedia maklum, aku seorang yang kuat mendownload, jarang sangat la aku melabur duit beli DVD or CD original untuk tengok cerita yang aku suka. Terukkan? Ya, thumbs down untuk aku.

Untuk pengetahuan korang, dalam external aku ada pelbagai jenis cerita. Dari movie english sampai ke movie thailand aku ada, tapi tak banyak la. Tv series aku ada dalam beberapa cerita, satu cerita pulak ada yang dah mencecah season ke ketujuh dan sebagainya, semput ok nak kumpul semua cerita tu. Tapi kalau dah minat, semuanya sanggup. Hehe. Movie pula dulu koleksi aku dah mencecah 400 movies, tapi setelah dah filter sedikit demi sedikit sebab tak cukup space hard disk, sekarang tinggal dalam 300 lebih je. Fiuh~

Kepada peminat-peminat drama korea dan jepun diluar sana, aku mungkin boleh menjadi pembekal korang. Haha. Ok gurau. Cerita korea aku ada dalam 60 lebih cerita, itu tak termasuk movie, kalau termasuk movie, ada dalam 80 lebih. Sama jugak macam cerita jepun, dalam 60 lebih cerita. Nak aku listkan ke? Next entry insyaallah aku listkan cerita apa yang aku ada.


Mana aku dapat semua cerita-cerita tu? Setelah dah tolak cerita yang aku copy dekat kawan aku, selebihnya aku download dekat:

Movie.
http://mediafire4u.com
http://akumuzikhampa.blogspot.com/
http://2smallsizemovie.blogspot.com/
http://www.300mbunited.com/
http://jieazzmovie.net/
http://www.teamaryzs.com/
http://mediafiremoviez.com/
http://jiwang.org
http://www.300mbmovie.com/
http://w3.tbd.my/
http://www.getmediafire.com/
http://amoviesz.com/
http://www.300mbfilms.com/
http://www.mediafirefilms.com/

Tv Series.
http://mediafirefreaks.blogspot.com
http://sicklah.blogspot.com/
http://mediafireheaven.ucoz.com/

K-Drama/J-Drama/K-Movie/J-Movie.
http://myasiancinema.com/
http://www.mediumquality.org/
http://chumhienk-mhienk.blogspot.com/
http://doramax264.com
http://bestdramas.blogspot.com/
http://minidramaportalhome.blogspot.com/

Watch Asian Movie/Drama Online.
http://www.mysoju.com/
http://www.dramacrazy.net
http://www.natnatvip.org/
http://www.epdrama.com/

Enjoy! :)

Part 3: Perlukan font yang comel?

Assalamualaikum. Happy holiday season everybodeh, It's so good to be home and not to forget, Happy Deepavali to all my Indian friends. Heee.

Ok since my mood is high, I'm gonna share these fonts. Click for download. Enjoy :)



 




Wordless Wednesday #8

A smile bird nature. Beautiful isn't it? Senyumlah selalu :)

Business Menjual Kucing

Assalamualaikum kepada pembaca dan peminat-peminat kucing sekalian. Hihi. Entri kali ini nak saya nak meluahkan pendapat tentang Cat Breeders iaitu penternak kucing jenis exotic dan sebagainya. Saya terdetik bila ada seorang Hamba Allah ini menulis dalam blognya tentang business menjual kucing boleh dapat banyak duit.

Ini pendapat saya,

Apa yang saya tahu, kucing ada macam-macam baka (breed), lagi sikit spesis baka tu, lagi mahal la kucing tu. Kalau ikut logik akal la kan, business kucing ni la paling banyak keluarkan kos. Kucing kalau nak beranak pinak perlukan kucing betina dan jantan. Dah duit dekat  beribu kot habis untuk beli sepasang kucing. Itu pun kalau nak jual baka yang mahal, macam kucing baka Bengal, perlu kos yang sangat tinggi. Belum termasuk cages, makanan, ubat-ubatan, kos rawatan dekat vet kalau kucing-kucing tu sakit, kucing pun macam manusia gak, tak terlepas dari macam-macam penyakit. Dan bila pulak kucing tu dah lahirkan anak, anak kucing mungkin dijual balik dengan harga beratus je. Jadi berbaloi atau tidak? Anda boleh fikir sendiri la kot.

Kucing baka Bengal 

The truth about Cat Breeding.

Anda nampak kan? Bukan senang sebenarnya nak jaga anak kucing atau menjual dekat sebarangan orang. Mungkin business ini boleh dilakukan dengan jayanya sekiranya anda ada ciri-ciri seperti berikut:
  • Anda mulakan dengan mindset yang betul (anda sayangkan kucing)
  • Anda tahu bagaimana untuk memadankan pasangan baka kucing yang betul
  • Anda tidak kesah mengeluarkan sejumlah wang untuk kucing anda
  • Anda berminat dengan baka kucing 
  • Anda mampu untuk memulakan business ini
Yang paling penting sekali, sebelum anda menternak kucing, niat anda mesti jelas. Adakah ianya sebagai hobi atau perniagaan?


Ok, comels :)

Panduan Membeli Laptop Baru


Sebelum saya berlagak pandai konon-konon macam saleswoman laptop, saya mahu bercerita tentang laptop berjenama Acer yang setia bersamaku selama 4 tahun telah menamatkan perkhidmatannya. Sedih memang sedih sebab ada nilai sentimentalnya tersendiri, tapi terpaksa dilepaskan dek tak mampu menanggung program atau software yang banyak untuk aku menyiapkan segala assignments.

Sekarang ni ramai yang sudah memiliki laptop sendiri malah ada yang ingin bertukar laptop yang berjenama yang sedang hangat dipasaran sekarang. Berjenama atau tidak yang penting sebelum nak beli laptop, penting kalau kita ambil kira beberapa aspek seperti berikut:

1. Harga laptop

Ini sangat penting bila masa kita nak beli laptop baru. Kita mesti plan budget sebelum nak beli, sebab tak semua yang mampu nak beli laptop mahal-mahal, lagi pulak student macam saya. Selalunya untuk harga RM 1400 dan kebawah laptop ini tidak di sertakan dengan Original Window Operating System. Kebanyakannya pakai yang cetak rompak. Kalau ada pun Selalunya akan bagi Operating system yang Starter Edition. Kalau harga RM 1700 dan keatas selalunya laptop tu akan di sertakan dengan Original Operating System.

2. Storage besar mana?

Bagi yang kaki download macam aku ni, adalah sangat penting size hard disk yang besar. Sekurang-kurangnya 500GB. Sekarang ni standard Hardrive 320GB/500GB/ 640GB ada juga Hardrive yang 1TB/1.5TB dan 2TB. Kelajuan standard bagi Hardrive laptop ni selalunya RPM 5400, (RPM ni merujuk kepada Revolution per Minute). Dekat laptop tu tak tulis RPM Hardrive berapa, boleh tanya kat Tauke kedai tu RPM HD dia berapa. Kadang-kadang dorang pun tak tau menahu langsung pasal kelajuan HD ni. Selain tu ada jugak HD yang berkelajuan RPM 7200, RPM 10 000, RPM 15 000. Makin tinggi RPM makin laju dan mahal harga Hardrive tu. Buat masa sekarang ni Hardrive yang terlaju sekali kalau tak silap SSD (Solid State Drive) Aliran data 3GB/sc Hardrive mencecah ribuan ringgit (SSD 256 GB =RM 1 800). SSD ni memang pantas.

3. Berapa banyak RAM?

RAM yang banyak memudahkan anda multi-tasking atau melakukan pelbagai perkara pada sesuatu masa. Standard laptop untuk kerja yang melibatkan sedikit photo editing, programming, networking, install ini dan itu adalah 4 GB. Kalau kerja anda setakat update blog, tulis dokumen dalam Word dan lain-lain, 2GB dah memadai. Untuk maklumat korang, sekarang ni kita dah pakai RAM DDR 3. Kalau 4 tahun lepas kita pakai DDR2.

4. Processor apa?

Untuk model terbaru Processor model Intel ialah Intel i3, Intel i5, dan Intel i7. Yang paling laju sekali ialah Intel i7(waktu ni processor paling pantas sekali kat dunia), dan dah tentu harganya pun mahal.

5. Graphic Card

Fungsi Graphic Card ni nak bagi Laptop kita lancar waktu kita tengok video atau bermain game. Takdela nak sekat2 dan lag. Kualiti Gambar dan warna dalam laptop pun lebih cantik kalau laptop kita ada grafik card. Pengeluar Graphic Card yang terkenal sekarang ni, NVidia dengan ATI AMD.  Graphic Card ni pun ada 1GB, 1.5 GB,2GB yang (6GB pun ada harga memang sangat mahal.) Tak semua laptop yang menyediakan Graphic Card. Kalau kita beli laptop yang harga dalam RM1700 kebawah kemungkinan laptop kita tak di lengkapi Graphic Card. Kalau ada pun mungkin kurang dari 1GB Graphic Card. Kalau laptop RM2000 keatas, memang boleh dpt Graphic Card 1 atau 2GB.
Tips Penting:- Processor Intel 2nd Generation macam i3, i5, i7 dah graphic card dah tersedia dibina dalam. (ready built-in) jadi tak perlu nak tambah graphic card lagi.

6. Lain-lain components

DVD RW. Sekarang ni standard laptop/PC semua dah guna DVD RW. Kegunaannya, nak tengok CD/DVD,BURN dan install software dan lain-lain.
USB. Sekarang ni dah ada teknologi USB terbaru. Namanya USB 3.0 Di tingkatkan dari USB 2.0. Sebelum ni, kalau tak silap 10X lebih pantas dari USB sebelum ni. Kegunaan USB, nak transfer Data Pendrive, Cucuk Broadband, Handphone dan lain-lain.
Tips Penting :- Kalau nak kenal USB 3.0 ni senang je. Kalau USB port biasa (USB 2.0) kita nampak warna hitam. Tp USB 3.0 ni warna biru. Kalau beli laptop tu tengok je kat lubang tepi tu ada warna hitam atau biru.

7. Bateri laptop

Sekarang standard bateri laptop dah 6cell. Jangka masa tahan tu paling lama 2 jam. Bergantung kepada keadaan guna dan lain2. Ada jugak laptop yang mempunyai bateri 9 cell, yang ni lagi tahan lama boleh sampai 3-4 jam.
Tips Penting:- Bila mula-mula dah beli laptop tu, sampai rumah cas bateri laptop sampai 8jam. 


Inilah antara panduan yang saya telitikan sebelum nak beli laptop, bagi saya sebagai heavy user computer, saya menitik beratkan jenama processor, jumlah RAM dan hard disk yang besar untuk menyiapkan kerja-kerja assignments dan projek. Nasib seorang pelajar network dan programming, haih.

I've welcomed my new 15.6" inch Asus A55VD laptop, jyeahh.



Back on Track.

Assalamualaikum swt. Setelah sekian lama menyepi, akhirnya aku kembali berblogging. Serius tiba-tiba rasa rindu nak berblogging macam dulu. Walaupun aku tahu mustahil untuk aku nak aktif macam dulu balik, janji ada jugak entri yang masuk daripada tak ada langsung. Hehe. Dengan ini secara rasminya aku pakai template baru yang simple lagi tak mesra followers. Sebab apa? Sebab template ni tak ada widgets dekat mana-mana. So aku anggap dia unfriendly. Kenapa aku pakai jugak? Sebab aku punya suka la. Haha. Ok tipu, sebab template ni nampak sangat cool, itu sahaja.

Baru 3 hari aku dekat Kedah, aku dah rasa gila dekat Susu. Kenapa manja sangat haaaa? Tunggu bulan January nanti. Balik je terus terkam tak bagi lepas. Haha.

His name is Susu :)