Business Menjual Kucing

Assalamualaikum kepada pembaca dan peminat-peminat kucing sekalian. Hihi. Entri kali ini nak saya nak meluahkan pendapat tentang Cat Breeders iaitu penternak kucing jenis exotic dan sebagainya. Saya terdetik bila ada seorang Hamba Allah ini menulis dalam blognya tentang business menjual kucing boleh dapat banyak duit.

Ini pendapat saya,

Apa yang saya tahu, kucing ada macam-macam baka (breed), lagi sikit spesis baka tu, lagi mahal la kucing tu. Kalau ikut logik akal la kan, business kucing ni la paling banyak keluarkan kos. Kucing kalau nak beranak pinak perlukan kucing betina dan jantan. Dah duit dekat  beribu kot habis untuk beli sepasang kucing. Itu pun kalau nak jual baka yang mahal, macam kucing baka Bengal, perlu kos yang sangat tinggi. Belum termasuk cages, makanan, ubat-ubatan, kos rawatan dekat vet kalau kucing-kucing tu sakit, kucing pun macam manusia gak, tak terlepas dari macam-macam penyakit. Dan bila pulak kucing tu dah lahirkan anak, anak kucing mungkin dijual balik dengan harga beratus je. Jadi berbaloi atau tidak? Anda boleh fikir sendiri la kot.

Kucing baka Bengal 

The truth about Cat Breeding.

Anda nampak kan? Bukan senang sebenarnya nak jaga anak kucing atau menjual dekat sebarangan orang. Mungkin business ini boleh dilakukan dengan jayanya sekiranya anda ada ciri-ciri seperti berikut:
  • Anda mulakan dengan mindset yang betul (anda sayangkan kucing)
  • Anda tahu bagaimana untuk memadankan pasangan baka kucing yang betul
  • Anda tidak kesah mengeluarkan sejumlah wang untuk kucing anda
  • Anda berminat dengan baka kucing 
  • Anda mampu untuk memulakan business ini
Yang paling penting sekali, sebelum anda menternak kucing, niat anda mesti jelas. Adakah ianya sebagai hobi atau perniagaan?


Ok, comels :)

4 comments:

Ku Azhar said...

minat bela ikan je blh? kih3

Unknown said...

sy byk sgt kucing smpai xtau kucing mane pling disygi :)

Anonymous said...

Saya de jual kucing hutan...siapa yg berminat boleh pm 0176495259 im

Anonymous said...

Saya de jual kucing hutan...siapa yg berminat boleh pm 0176495259 im