1st ramadhan cuuuti, yeaa. Korang?

Semalam aku dapat berita gembira dari supervisor aku yang aku dibenarkan cuti hari isnin ni, I was like 'YEEEEESS!' Hahah. Saat aku yang paling aku tunggu tunggukan ialah cuti lebih dari 2 hari. Sejak aku mula praktikal sampai sekarang susah betul nak dapat cuti. Kecuali cuti sabtu ahad.

Walaupun dapat cuti 3 hari berturut turut, still tak dapat nak balik kampung halaman. Ada je halangan, sorry ma, sorry bah. Haih.

Bukan semua orang dapat cuti hari isnin. Sesiapa yang dapat tuh, gunakan la masa cuti anda sebaiknya, eceh.

Jum tengok Ramadhan start-up kit :)
(Klik untuk besarkan)
credit: tumblr

P/s: Selamat berpuasa.

Wordless Wednesday #2


P/s: Smartkan? Heheh. Hajat nak tengok cerita ni dekat wayang untuk kali terakhir tak kesampaian, pfffft!


Facebook sekarang terlalu dramatik?

Selamat hari selesa, guys. Esok dah rabu, lepas tuh khamis, jumaat, bla bla bla, tiba la bulan ramadan. Sekejapnya rasa!  Bagi sesiapa yang masih berbaki puasa ganti tuh, cepat2 lah ganti. Heheh.

Moh kita bercerita pasal facebook, ada ape dengan facebook? Memula masa aktif facebooking memang la seronok sampai tak ingat nak mandi, makan, dengan tidur. Korang mesti rasa bende sama kan?


Apa yang menjelikkan bila bukak facebook sekarang, balik2 muka yang sama. Al-maklum la, kawan setakat 200-300 je. Bukan nak kata sombong takde ramai kawan dalam friendlist, tapi kalau dah jenis "hanya approve kawan yang kenal sahaja", memang takkan sampai beribu la. Sambung balik pasal hal menjelikkan, balik2 muka yang sama keluar, saya memperkenalkan mereka sebagai 'hantu facebook'. Yes, sampai hal nak ke tandas la, nak makan la, nak berjogging la, nak keluar shopping la pun nak kasi tahu? motif? Spam wall orang lain tuh sudah tentu kena dekat orang macam saya ni. Yang kawan hanya 200-300 je.

Terlalu dramatik? Itu pun satu hal. Dari orang yang dah berkahwin sampai la ke bujang, masalah dengan suami atau boifren pun pergi heboh dekat satu dunia buat apa? gaduh pulak sampai putus (pasangan couple), ye! putus! dalam hati aku, bagus jugak diorang putus, takda la episod drama lagi lepas ni. Tapi 2,3 hari lepas tuh, bercanda balik, hmmmm geli geleman okay.

Tak kurang juga ada yang suka mencarut la, memaki hamun macam orang gila meroyan. Itu aku paling menyampah tahap maximum. Habis wall aku yang suci bersih tuh dicemarkan dengan kata-kata yang macam lahawau tuh. Itu masalah diorang, kenapa perlu orang lain tau masalah diorang sekali? Nak mintak pendapat?nak mintak pendapat pun kena ada budi bahasa. Ni tak, ikut sesedap jari je.

Kalau agak-agak nak luah sangat tuh sampai tergian, boleh la singgah disini. Korang sembur la apa yang korang nak sembur. Hahah. Welcome to Lamebook!


Speechless.

Oh Damn.

Can't wait for this to be filled in my external haaard disk.

Fuuuu, maggad!

Korean Drama: 49 Days, best la wei!

Hai semua ;)

Harini rasanya mood nak update tuh datang balik. Semalam agak sebok dengan kerjaan dengan mood nak meng-update hilang entah kemana, pergi berjalan jalan dekat bukit bintang kot. Hahah. *jokes*

Ingat nak share sikit pasal cerita 49 Days, bagi siape yang tak tahu. Drama ni baru keluar tahun ni. Wajib la anda semua menontonnya sebabnya, jeng jeng jeng! Jo Hyun Jae berlakooon. OMG ! *tiru gaya nabil* Hahah! Okay, joking lagi. Bukan sebab tuh, tapi sebab jalan cerita yang dia menarik dan lain dari yang lain. Sebab tu aku tak pernah jemu tengok cerita korea.

Meh review sikit,

Cerita ni berkisahkan Shin Ji-Hyun (Nam Gyu-Ri) jatuh koma selepas kemalangan sebab terkejut besar dengan kecurangan tunang dia Kang Min Ho (Bae Soo Bin). Dalam masa dia tengah koma, ada seorang Angel/Reaper (Jung Il Woo) yang kacak gila bagi aku, hahah, datang dan membuat perjanjian dengan roh Shin Ji-Hyun iaitu dalam masa 49 hari dia perlu carik 3 orang yang boleh mengeluarkan air mata yang betul-betul ikhlas untuk membuktikan yang dia benar benar berharga untuk kembali hidup, kalau dia tak berjaya, dia akan meninggal untuk selame-lamenya. Dalam masa 49 hari itu, roh Shin Ji-Hyun meminjam badan Song Yi Kyung (Lee Yo Won), tapi bukan la pinjam 24 jam, pinjam dalam masa yang ditetapkan oleh Angel yang kacaks itu. Hahah.

Apa ending dia ek?

Hoho, ada orang jenis yang nak tahu terus ending jalan cerita, kalau happy ending, oooh nak tengok! Kalau ending hero atau heroin mati, tinggal! Taknak tengok sampai bila-bila. Macam tuh punya orang pun ada ka? Ape-ape pon, ending dia ada part sedih, ada part yang happy.

Dari kiri: Seo Ji Hye, Jung Il Woo, Lee Yo Won, Jo Hyun Jae, Nam Gyu Ri, Bae Soo Bin
(Klik untuk besarkan gambar)
Ni la Angel yg kacak itu, keh3. ;)
Sinopsis diatas semua copyright aku sendiri, 100% rekaan aku. Sorry kalau ada yang tak sama pendapat atau sinopsis tak berapa nak detail sebabnya, kalau aku cerita detail sangat pun, 3 hari pun tak tentu aku habis cerita, jadi aku pendekkan cerita seringkas yang mungkin. Sekian, bub-bye.

MIDAS, Superb!

Hari ini aku nak cerita pasal a few drama korea yang aku dah habis layan, this year, banyak drama yang best-best keluar, tapi tak banyak yang berunsurkan love comedy macam tahun lepas. Cerita yang boleh aku bagi rating superb tahun ni ialah MIDAS dengan 49 Days. Dua-dua jalan cerita ni agak unik dan tak sama macam cerita korea lain. Sebab tuh aku bagi rating superb! Tak caya, tengok la sendiri. Heheh.

Jum review pasal cerita Midas, cerita ni berlatar belakang pasaran saham dan menceritakan pasal perebutan kuasa, tamak dan cita-cita. Aku suka sangat dengan lakonan watak utama cerita ni, Jang Hyuk. Pertama kali aku tengok dia berlakon dalam Chuno, terus dia jadi one of my favourite pelakon lelaki korea. Hehe. Dalam cerita ni dia seorang yang tamak duit. Sebab dari kecik, dia dibesarkan dari keluarga yang susah. At the same time, dia ade seorang tunang yang baik hati sangat, sanggup dia tinggalkan tunang dia semata-mata mengejar kuasa. Tapi sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

Jang Hyuk

Tak ketinggalan jugak, pelakon yang sedap mata memandang ni, No Min Woo, ada juga berlakon dalam cerita ni. Tapi sedihnya, dia tak bertahan lama (mati) Hahah. Asal aku gelak? Dia jadi watak yang sangat sangat playboy. Fuuuu sabor je la tengok dia berlakon, memang menyakitkan hati. Tapi lama-lama kembali ke pangkal jalan selepas jatuh cinta dengan nurse yang menjaga dia waktu dia sakit (barah perut), Lee Min Jung. Sedih pulak tengok saat-saat dia nak tercabut nyawa. Sob sob.

No Min Woo

Cerita pulak pasal heroin dia, Lee Min Jung, dia teramat la cuteeeeee. Hehe. Suka sangat dia dalam cerita ni, sebab dia seorang yang baik gila, innocence, dan setia pada yang satu. Yup, dia setia dekat tunang dia, Jang Hyuk (watak utama) walaupun lelaki tuh tamak duit, pentingkan kuasa dari tunang dia sendiri. Tapi hati dia tak pernah berubah cintakan lelaki tamak duit tuh. Tapi she still gets her happy ending. Sebab bekas tunang dia insaf balik. Pheww.

Lee Min Jung

Ada satu lagi watak penting dalam cerita ni, Kim Hee Ae, kakak kandung kepada No Min Woo, dia ni la yang bertanggungjawab merubah watak utama (Jang Hyuk) jadi seorang yang tamak kuasa dan mata duitan. Jang Hyuk begitu setia dan menganggap perempuan ni sebagai idola dia. *Tapi diorang tak bercinta, jangan salah paham okay!* Kim Hee Ae ni pun ade perwatakan sama macam Jang Hyuk, tapi lebih teruk dari tuh. Sanggup dia tikam belakang and bunuh orang tak bersalah semata-mata nak mengejar kuasa, hmmm betul la pepatah ni, 'duit itu membunuh', maksud aku duit berlebihan itu membunuh. Heheh.

Kim Hee Ae

Okay, setakat ni je bebelan aku, malas nak type panjang panjang lagi. Next entry aku post pasal 49 days pulak. Apa yang best pasal cerita tuh. Dan watak apa yang best dalam 49 days. To be continue :)

6 Trick dekat Google Search yang agak unik.

OK, this is a must try! Sangat menarik untuk mencuba, sekali tengok macam tak percaya je. Macam mane bende tuh boleh jadi macam tuh? Macam mane font tuh jadi macam tuh. Kebanyakkan korang mesti tak faham fonomena alam maya yang unik macam ni. Sekali tengok macam wow. Dalam facebook pun wujud jugak trick-trick yang kebanyakkan orang tak tahu. Kalau ade orang tau pun bukan sebarangan orang, mesti yang kepale programming atau tahu ilmu-ilmu javascript and JQuery. Aku pun tahu satu jenis trick je kat facebook dulu, tapi sekarang langsung dah tak ingat, sebab dah lama tinggalkan. Heheh. Jum cuba dekat google.com!


1. Google Sphere
Buka website google > taipkan Google Sphere > Tekan I'm feeling lucky.
Website google jadi macam mana?

2. Cari Chak Noris
Jom cari Chak Noris jumpa tak kat google. Buka website google > taipkan find Chak Noris > Tekan I'm feeling lucky. Jumpa tak? Dia tulis apa semua sekali?

3. Google Terbalik
Buka website google > taipkan elgoog iaitu perkataan terbalik google > Tekan I'm feeling lucky. Jadi macam mana?

4. Google Loco
Buka website google > taipkan google loco > Tekan I'm feeling lucky
Website google buat apa?

5. Google Epic
Buka website google > taipkan google epic > Tekan I'm feeling lucky. Apa yang jadi?

6. Google Gravity
Buka website google > taipkan google gravity > Tekan I'm feeling lucky. Apa dah jadi?
Dalam banyak-banyak, aku paling suka sphere dengan gravity, selamat mencuba!
Sumber: www.zuarxpdc.com

10 Password Paling Popular Didunia.


Wah wah. Macam menarik je tajuk diatas ni. Korang mesti nak tahu kan jenis password apa yang orang lain senang nak agak. Cuak je rasa, sebabnya takut profile korang kena hack. Hahah. Ramai kes hacking menghacking sekarang ni sebabnya antara mereka-mereka dah dapat agak password korang. Dan tak kurang juga sebab korang lupa nak log out facebook. Padan la dengan muka korang. Mari mari kita berdiskusi pasal ini kes.

1. Tanggal lahir
2. Tanggal pernikahan
3. Nama depan (banyak digunakan di Amerika Selatan)
4. 123456789
5. 111111
6. ILoveYou
7. Nama123
8. Kata "password"
9. Nombor Telipon rumah/handphone
10. a1b2c3d3

Haaa, kalau salah satu password korang antara tergolong seperti diatas cepat-cepatlah tukar kalau takut orang lain menceroboh privasi korang. Kalau ade yang dah terlambat tuh, nasiblah labuuu. Sekian.

Sumber: www.penulissenja.com