Jum review pasal cerita Midas, cerita ni berlatar belakang pasaran saham dan menceritakan pasal perebutan kuasa, tamak dan cita-cita. Aku suka sangat dengan lakonan watak utama cerita ni, Jang Hyuk. Pertama kali aku tengok dia berlakon dalam Chuno, terus dia jadi one of my favourite pelakon lelaki korea. Hehe. Dalam cerita ni dia seorang yang tamak duit. Sebab dari kecik, dia dibesarkan dari keluarga yang susah. At the same time, dia ade seorang tunang yang baik hati sangat, sanggup dia tinggalkan tunang dia semata-mata mengejar kuasa. Tapi sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.
Jang Hyuk
Tak ketinggalan jugak, pelakon yang sedap mata memandang ni, No Min Woo, ada juga berlakon dalam cerita ni. Tapi sedihnya, dia tak bertahan lama (mati) Hahah. Asal aku gelak? Dia jadi watak yang sangat sangat playboy. Fuuuu sabor je la tengok dia berlakon, memang menyakitkan hati. Tapi lama-lama kembali ke pangkal jalan selepas jatuh cinta dengan nurse yang menjaga dia waktu dia sakit (barah perut), Lee Min Jung. Sedih pulak tengok saat-saat dia nak tercabut nyawa. Sob sob.
No Min Woo
Cerita pulak pasal heroin dia, Lee Min Jung, dia teramat la cuteeeeee. Hehe. Suka sangat dia dalam cerita ni, sebab dia seorang yang baik gila, innocence, dan setia pada yang satu. Yup, dia setia dekat tunang dia, Jang Hyuk (watak utama) walaupun lelaki tuh tamak duit, pentingkan kuasa dari tunang dia sendiri. Tapi hati dia tak pernah berubah cintakan lelaki tamak duit tuh. Tapi she still gets her happy ending. Sebab bekas tunang dia insaf balik. Pheww.
Lee Min Jung
Ada satu lagi watak penting dalam cerita ni, Kim Hee Ae, kakak kandung kepada No Min Woo, dia ni la yang bertanggungjawab merubah watak utama (Jang Hyuk) jadi seorang yang tamak kuasa dan mata duitan. Jang Hyuk begitu setia dan menganggap perempuan ni sebagai idola dia. *Tapi diorang tak bercinta, jangan salah paham okay!* Kim Hee Ae ni pun ade perwatakan sama macam Jang Hyuk, tapi lebih teruk dari tuh. Sanggup dia tikam belakang and bunuh orang tak bersalah semata-mata nak mengejar kuasa, hmmm betul la pepatah ni, 'duit itu membunuh', maksud aku duit berlebihan itu membunuh. Heheh.
Kim Hee Ae
Okay, setakat ni je bebelan aku, malas nak type panjang panjang lagi. Next entry aku post pasal 49 days pulak. Apa yang best pasal cerita tuh. Dan watak apa yang best dalam 49 days. To be continue :)
No comments:
Post a Comment