Hai semua ;)
Harini rasanya mood nak update tuh datang balik. Semalam agak sebok dengan kerjaan dengan mood nak meng-update hilang entah kemana, pergi berjalan jalan dekat bukit bintang kot. Hahah. *jokes*
Ingat nak share sikit pasal cerita 49 Days, bagi siape yang tak tahu. Drama ni baru keluar tahun ni. Wajib la anda semua menontonnya sebabnya, jeng jeng jeng! Jo Hyun Jae berlakooon. OMG ! *tiru gaya nabil* Hahah! Okay, joking lagi. Bukan sebab tuh, tapi sebab jalan cerita yang dia menarik dan lain dari yang lain. Sebab tu aku tak pernah jemu tengok cerita korea.
Meh review sikit,
Cerita ni berkisahkan Shin Ji-Hyun (Nam Gyu-Ri) jatuh koma selepas kemalangan sebab terkejut besar dengan kecurangan tunang dia Kang Min Ho (Bae Soo Bin). Dalam masa dia tengah koma, ada seorang Angel/Reaper (Jung Il Woo) yang kacak gila bagi aku, hahah, datang dan membuat perjanjian dengan roh Shin Ji-Hyun iaitu dalam masa 49 hari dia perlu carik 3 orang yang boleh mengeluarkan air mata yang betul-betul ikhlas untuk membuktikan yang dia benar benar berharga untuk kembali hidup, kalau dia tak berjaya, dia akan meninggal untuk selame-lamenya. Dalam masa 49 hari itu, roh Shin Ji-Hyun meminjam badan Song Yi Kyung (Lee Yo Won), tapi bukan la pinjam 24 jam, pinjam dalam masa yang ditetapkan oleh Angel yang kacaks itu. Hahah. |
Apa ending dia ek?
Hoho, ada orang jenis yang nak tahu terus ending jalan cerita, kalau happy ending, oooh nak tengok! Kalau ending hero atau heroin mati, tinggal! Taknak tengok sampai bila-bila. Macam tuh punya orang pun ada ka? Ape-ape pon, ending dia ada part sedih, ada part yang happy.
Dari kiri: Seo Ji Hye, Jung Il Woo, Lee Yo Won, Jo Hyun Jae, Nam Gyu Ri, Bae Soo Bin
(Klik untuk besarkan gambar) |
Ni la Angel yg kacak itu, keh3. ;) |
Sinopsis diatas semua copyright aku sendiri, 100% rekaan aku. Sorry kalau ada yang tak sama pendapat atau sinopsis tak berapa nak detail sebabnya, kalau aku cerita detail sangat pun, 3 hari pun tak tentu aku habis cerita, jadi aku pendekkan cerita seringkas yang mungkin. Sekian, bub-bye.
No comments:
Post a Comment