Facebook sekarang terlalu dramatik?

Selamat hari selesa, guys. Esok dah rabu, lepas tuh khamis, jumaat, bla bla bla, tiba la bulan ramadan. Sekejapnya rasa!  Bagi sesiapa yang masih berbaki puasa ganti tuh, cepat2 lah ganti. Heheh.

Moh kita bercerita pasal facebook, ada ape dengan facebook? Memula masa aktif facebooking memang la seronok sampai tak ingat nak mandi, makan, dengan tidur. Korang mesti rasa bende sama kan?


Apa yang menjelikkan bila bukak facebook sekarang, balik2 muka yang sama. Al-maklum la, kawan setakat 200-300 je. Bukan nak kata sombong takde ramai kawan dalam friendlist, tapi kalau dah jenis "hanya approve kawan yang kenal sahaja", memang takkan sampai beribu la. Sambung balik pasal hal menjelikkan, balik2 muka yang sama keluar, saya memperkenalkan mereka sebagai 'hantu facebook'. Yes, sampai hal nak ke tandas la, nak makan la, nak berjogging la, nak keluar shopping la pun nak kasi tahu? motif? Spam wall orang lain tuh sudah tentu kena dekat orang macam saya ni. Yang kawan hanya 200-300 je.

Terlalu dramatik? Itu pun satu hal. Dari orang yang dah berkahwin sampai la ke bujang, masalah dengan suami atau boifren pun pergi heboh dekat satu dunia buat apa? gaduh pulak sampai putus (pasangan couple), ye! putus! dalam hati aku, bagus jugak diorang putus, takda la episod drama lagi lepas ni. Tapi 2,3 hari lepas tuh, bercanda balik, hmmmm geli geleman okay.

Tak kurang juga ada yang suka mencarut la, memaki hamun macam orang gila meroyan. Itu aku paling menyampah tahap maximum. Habis wall aku yang suci bersih tuh dicemarkan dengan kata-kata yang macam lahawau tuh. Itu masalah diorang, kenapa perlu orang lain tau masalah diorang sekali? Nak mintak pendapat?nak mintak pendapat pun kena ada budi bahasa. Ni tak, ikut sesedap jari je.

Kalau agak-agak nak luah sangat tuh sampai tergian, boleh la singgah disini. Korang sembur la apa yang korang nak sembur. Hahah. Welcome to Lamebook!


6 comments:

Farhana Jafri said...

heh tau xpe!! ari tu ad org post bestny korek hidung! apekah?? mcm xd motif je.. eii pengotor tahu.. baik lg lyan twitter!! kn siz?! hik3

e k i n said...

Farhana; Hahaha, yeahh. Twitter lagi best untuk medium luahkan perasaan. Korek hidung? errk yucks !!

Hans Hanis said...

hahhahaa
facebook skrg asyik ubah macam2 tapi makin bosan
nasib ada kawan2 yg best je

e k i n said...

Hans: Tau takpe, hahaha. :D

KumbangDesa said...

Sangat annoying, tapi kkdg klaka..hahaha

e k i n said...

KubangDesa: Yup, betol3. Heheh.